TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, June 19, 2010

Home » » Sesi pra-pengenalan keluarga Bluedianthus..

Sesi pra-pengenalan keluarga Bluedianthus..

Tak payah panjangkan cerita dan tak payah terkejut sekiranya entri ini diterbitkan. Entri ini sememangnya telah disetkan untuk keluar di dalam blog ini. Jadi taklah korang ternanti-nanti kehadiran entri baru Bluedianthus. Hehe... macam la blog ini ramai pembaca? Ada juga ke silent reader dalam blog ini? Aku ni memang silent reader kepada beberapa blog. Jadi, sila pastikan blog korang dilindungi dengan rapi, hehe... Gurau.. :)


Sebelum tu, kisah suami isteri diraja bercerai turut menjadi perhatian minggu ini. Boleh baca je pengumuman sultan brunei tu. Mungkin jodoh mereka tak kesampaian dan mungkin juga itu jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Apapun, hidup mesti diteruskan. Jangan biarkan diri diselubungi misteri kesedihan berpanjangan, sedih sikit-sikit tu sudah la kan. 

Bercakap mengenai keluarga ni, aku nak cerita sikit la tentang keluarga aku ni. Aku gelar keluarga aku ni, keluarga happy go lucky. Semua ahli keluarga memang dilahirkan untuk menjadi tukang lawak. Ada saja cerita yang membuatkan kami sekeluarga sampai nak pecah perut ketawa. Sampai habis okisgen sebab ketawa sakan. (nota: sila control sikit kalau di luar ya, hehe...)

Pemimpin keluarga yang penyayang dan penuh dengan sense of humor. Mark my words, he is seriously funny, loving and caring dad.. :)

Mummy yang masih comel, hehe...Ops, kat sebelah tu bukan anaknya, tapi cucunya.. :)

Charlie's Angel dan aku pengurusnya. :)


   Satu-satunya abang kepada gadis-gadis di atas.. ada iras-iras Yusry KRU ke? :)

Okies..itu sajalah sesi pra-pengenalan ekslusif keluarga Bluedianthus. Portfolio mereka ni belum dikemaskini, akan datang..hehe.. Saja nak memperbanyak entri mengenai keluarga. Aku ni family-oriented sikit, hehe..Entri ini tak dapat diping ke sistem ping, jadi mungkin entri ini akan kurang diindeks dalam carian Google (tak ada juga orang nak cari, hehe..). Apapun, terima kasih kepada yang membaca entri ini sampai habis. Semoga entri ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan korang di sana. 

Kepada yang berada jauh di perantauan, jangan lupa kirimkan khabar berita kepada ibubapa selagi masih ada kesempatan. Aku dulu pun, pernah berjauhan daripada keluarga selama 3 tahun, seksa juga. Sayangi ibu, sayangi ayah, tanpa mereka siapalah kita ini...nasib baik mereka baik hati. Kalau tak, kita dah termasuk dalam statistik bayi yang dibuang, huhu...memang sadis lagi tragis, sampai hati mereka ni kan. Kalau tak nak jaga pun, hantar saja la bayi tu ke pusat kebajikan ke, tak payah nak belajar membunuh pula. Senyum selalu dan ceria-ceria selalu di hujung minggu ini. :)


Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails