TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, June 27, 2010

Home » » Sejam sebelum hari baru bermula..

Sejam sebelum hari baru bermula..

Semasa entri ini ditulis, perlawanan di antara England dan Jerman sedang berlangsung. Entahlah apa keputusan malam ini, tapi mungkin Jerman boleh menang, 3-2..haha, pandai-pandai je Bluedianthus ni.. :)

Hmm...sebenarnya kebelakangan ini Bluedianthus jarang menulis kerana sedikit kecederaan yang dialami di tangan kanan. Seminggu nak baik tangan kanan aku ni. Walaupun tak nak minta simpati daripada kawan-kawan blogger, entri ini adalah sebagai kenangan aku mendapat kemalangan kecil, hehe.. 



Masa ni mula-mula lepas "accident". Nampak tak ada gelembung air kat tangan aku tu?


Keadaan tangan hari ke-2. Masih sakit dan perit semasa terkena air.


Keadaan tangan hari ke-4. Bengkak semakin surut.


Keadaan tangan hari ke-5. Nampak perubahan positif.


Keadaan tangan hari ke-7. Dah beransur baik dan kulit baru mulai tumbuh,
 terima kasih kepada kuasa aloe vera..hehe..

Okies, itu sajalah yang sempat aku kongsikan pada hujung minggu ini. Kadang-kadang kehidupan sebagai seorang blogger pun ada pasang-surutnya. Ada masa, kita akan rasa malas nak update entri baru di blog kita. Adakala kita terlalu rajin sampai tiap-tiap 3jam update blog. Tapi yang bestnya, kita berhak nak update entri kita bila-bila masa saja, dan di mana juga..hehe.. Yang bestnya lagi, boleh cerita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. 

p/s: Masih sempat mengambil gambar perkembangan tangan yang sakit..lain kali boleh juga tengok-tengok entri di blog ni. hehe..

Entri Sebelumnya: Entri di subuh hari...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails