TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, June 21, 2010

Home » » Ruang iklan PERCUMA untuk seminggu...

Ruang iklan PERCUMA untuk seminggu...

Entri ini diterbitkan setelah aku selesai menonton perlawanan di antara Portugal dan Korea PRK. Berpesta gol Portugal malam ini, 7-0. Apapun, memang malam ini adalah malam untuk Portugal yang aku nampak sangat mantap dari segi teamwork. Walaupun aku ni tak berapa pandai sangat tengok cara permainan bola, yang aku tau pemain Portugal macam bermain bola sekadar untuk memanaskan badan sahaja. Kesian juga dengan Korea.


Okies, lupakan seketika tentang bola sebab aku nak bagitau sesuatu yang Bluedianthus telah membuka ruang iklan seperti yang korang nampak di bahagian sidebar. Jadi sempena pelancaran ruang iklan ini, aku dengan berbesar hati memberikan 6 slot ruangan iklan PERCUMA selama seminggu kepada mereka yang bertuah. 

Korang boleh iklankan blog korang, produk korang ataupun link affiliate korang. Harga asal untuk iklan 125x125 adalah sebanyak RM10 sebulan, lebih kurang 30sen sehari. Murah kan, sebabnya trafik blog ini hanyalah sekitar 200 lebih sehari(bersama blogwalking) dan 100++ (tanpa blogwalking). Mungkin akan datang harga akan dinaikkan pada masa hadapan..bergantung kepada Alexa Rank dan juga PageRank. Tetapi sekali lagi, untuk harga promosi, selepas tamat 6 iklan PERCUMA yang aku tawarkan, harga percubaan adalah RM5 untuk 60 orang pertama. Jadi jangan lupa rebut peluang ni, dah jimat 50% daripada harga asal kan. :)
Iklan terletak pada tempat yang strategik dan eye-catching

Jadi, Bluedianthus kini mencari 6 orang bertuah untuk beriklan di blog Bluedianthus selama seminggu, PERCUMA! Bermakna trafik percuma untuk korang juga. Bagilah banner yang menarik, gerenti ramai yang berminat nak tahu. :) Yang penting iklan tersebut tidak berbentuk provokatif dan mempunyai unsur lucah. Blog Bluedianthus mempunyai Alexa Rank 391,814 dan PageRank 2, dan baru berusia setahun 3 bulan. Jika korang yakin dengan kemampuan blog ini, boleh cuba beriklan di blog ini. Sekian saja pengumuman kali ini. Siapa agaknya 6 orang yang bertuah tu ya? Siapa yang berminat boleh sertakan link banner tersebut di ruangan komen untuk dinilai.. :)

p/s: Pastikan saiz banner 125 x125 ya, kalau tak, tak dapatlah aku nak menolong.. :)
p/p/s: Masih terfikir samada ingin membuka servis ___________ atau tidak...huhu..

Artikel Sebelumnya: Siapa Remedy?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails