TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, June 17, 2010

Home » » Rezeki di laut maya..

Rezeki di laut maya..

Semalam aku tidur awal, jadi entri ini diterbitkan lebih awal hari ini. Hmm..apa kaitan, hehe.. Apa yang aku nampak demam widget Wawwi Matrix Blogwalking (WMB) semakin hebat melanda para blogger. Tak mengapa, the more the merrier kata orang putih. :) Masih ada lagi yang kurang faham dengan perjalanan WMB ni. Secara ringkas apa yang aku faham, WMB ni blogwalking berbentuk network (ala-ala MLM dan PTC). Lebih banyak network yang dibina, maka potensi orang melawat blog kita lebih tinggi. Autospillover juga membantu downline lain. Itu yang aku faham, betulkan aku kalau salah ya. Jangan lupa dapatkan tutorial WMB ini, dan jangan lupa melawat Blog Gengblogwalking. :)

Dalam entri ini juga, aku ingin berkongsi dengan korang mengenai komisyen yang aku terima daripada Raja Kamil kerana mempromosikan produk Aku Seorang Blogger. Selain daripada itu juga, aku juga telah berjaya melepasi cabaran PPL(Pay Per Lead) untuk mendapat komisyen.

Email daripada Raja Kamil dan RM60 yang bermakna

Statistik jualan pada laman affiliate

Pencapaian PPL Aku Seorang Blogger dan RM6.60 yang bermakna

Rezeki tidak akan datang bergolek. Mencari rezeki memerlukan kesabaran. Yang indah bukan pencapaian yang kita dapat, tetapi perjalanan iaitu proses kita mencapai kejayaan tersebut. Memanglah RM60 tu sikit kan, tapi amat bererti untuk aku ni. Huhu..terharu pula. Tapi yang paling penting adalah after-sale support untuk diberikan kepada pelanggan. Tawaran pembelian produk Aku Seorang Blogger daripada aku telah pun berakhir dan terima kasih kepada mereka yang berminat dengan produk ini. 352 klik juga terhasil dan pendapatan sebanyak RM66.60. Bolehlah masuk tabung lepas ni. :)

p/s: Bulan lepas, ada orang yang tak puas hati dengan memberikan komen tidak puas hati kepada Bluedianthus kerana sering memberikan screenshot pendapatan. Untuk pengetahuan, setiap perkataan yang dikeluarkan memerlukan bukti dan tidak terlintas sekalipun di hati untuk menunjuk-nunjuk. Lagipun, nak tunjuk apa kan, bukannya aku dapat ribu-ribu pun. Blogging itu indah... sharing is caring. :)

Artikel Sebelumnya: Subscriber yang setia..

Artikel Berkaitan: 

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails