TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, June 14, 2010

Home » Rehat dan dunia online..

Rehat dan dunia online..

Masa ini aku sedang bersantai-santai di makmal aku. Masa inilah yang aku nanti-nantikan, nak online dan buat apa-apa kerja yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan sekurang-kurangnya untuk membeli topup Celcom, hehe.. Hari ni aku diet makan tengahari sebab berat badan dah naik. Sungguh fobia aku dengan kegemukan...tau sajalah dengan ketinggian tak sampai 150cm ni, kalau gemuk lagi la...huhu... Berkubur harapan nak masuk pertandingan Top Host, hehe..


Akhirnya, hari ini sebuah blog yang baru aku setup 2 bulan lepas sudahpun mendapat perhatian daripada pengiklan yang nak beriklan di blog aku. Aku memang dah teruja sampai aku tak kisah pun dengan bayaran yang diberikan. Aku yang mula-mula saja nak mencuba nasib tanpa sebarang mentor dapat pula. Kalau la aku belajar dari En Rohaizad dengan lebih mendalam tentang make money blogging ni, mesti dapat banyak lagi teknik nak jana duit dari blog. Entah bila la aku dapat menghadiri Seminar Smart Blogging beliau tu.
Percubaan pertama dan $1.50 yang bermakna

Memanglah $1.50 tu nampak sikit kan, lebih kurang RM4.902 tapi nilai yang sangat berharga untuk aku.Satu percubaan yang baik dan terbukti peluang menjana pendapatan dari blog sememangnya wujud. Bak kata Bluedianthus a.k.a aku sendiri, blogging itu indah nian. Okies, selamat makan tengahari kepada korang yang nak pergi makan, tengah makan dan akan balik dari makan tengahari. Makan untuk hidup tau, bukan hidup untuk makan. Makan biar berpada, berhenti makan sebelum kenyang. Barulah perut tak senak dan dapat buat kerja dengan baik. :)

Artikel Sebelumnya: Hari isnin yang ceria..

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails