TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, June 7, 2010

Home » » Nota cinta dari Sabah..

Nota cinta dari Sabah..

Hari Isnin menjelma lagi..hari yang ceria untuk para blogger untuk memeriksa akaun Nuffnang mereka. Semoga income korang bertambah dan bertambah banyak lagi, amin.. :) Bluedianthus sekarang ni sibuk dengan aktiviti yang memerlukan fokus yang lebih dan aku minta maaf kalau aku tak membalas lawatan korang di blog ini. Apapun, blogging itu indah dan fleksibel. 



Nampak tak kat sebelah ni, ada nota cinta daripada Bluedianthus? Haha...gurau je. Saja je letak ni, sebab masa free kat lab ni minum milo kejap. Coffee aku tak boleh minum, nanti migrain pula. Hmm...korang terfikir tak macam mana coffee mate ni dapat memberikan idea kepada para pengiklan untuk mengkomersilkan produk coffee mate ni? Aku rasa sebab perkataan "mate" itu sendiri. Musim cuti ini ramai yang menzahirkan nota cinta masing-masing dengan melangsungkan perkahwinan. Ini bukan coffee mate lagi, tapi soul-mate, hehe... Semoga bahagia ke akhir hayat aku ucapkan. Haa, entri terbaik minggu lepas aku rasa adalah entri bertajuk "Kewanitaan yang pernah dan akan wujud selamanya di kaca mata si rabun." Adei, aku pun rabun juga la, huhu.. Bak kata penulis blog itu sendiri, entri tersebut berbentuk "one way ticket", jadi rugi korang tak baca. Eh, kejap la. Kalau ya pun, tolonglah habiskan membaca entri aku ni dulu..hehe.. :)


Okies, aku cuma nak berkongsi sesuatu mengenai pencapaian Nuffnang aku setakat ini. Aku telah periksa earning aku, dan pada payment history ada "nota cinta" daripada Nuffnang. Satu cashout berstatus "Sent" dan satu lagi "Unpaid".
Nanti dah sampai check tu, aku akan update okies..

Sekianlah nota cinta yang tak seberapa daripada Bluedianthus yang kini berada di negeri di bawah bayu, hehe.. Maaflah entri pendek je. Sibuk dengan misi "mengejar bintang di langit". Aku harap korang semua juga berjaya dengan misi yang korang nak kejar tu. Opps..sampai di sini dulu... Senyum selalu.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails