TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, June 1, 2010

Home » » [Motivasi] Kehidupan ideal manusia

[Motivasi] Kehidupan ideal manusia

Selamat sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca blog ini. Aku tak sedar dah hari selasa hari ini. Aku tidak ada pun membuat entri mengenai Nuffnang kelmarin. Tapi tak apa la, nanti-nanti aku akan kongsikan lagi ya. Lagipun, buffered campaign yang baru belum lagi melekat di blog ini. Semua buffered earning sudahpun menjadi metered earning dan aku telah pun pun membuat cashout kali kedua. Kali ini earning tidak mencecah 3 angka, 2 angka je tapi teruja sebab ini kali pertama dapat mencapai minimum cashout dalam masa sebulan. :)

Oklah, sebenarnya aku nak berkongsi sedikit artikel motivasi dengan korang. Maklumlah, aku ni baru selesai daripada persahabatan belia untuk memotivasikan diri.

Secara amnya, kehidupan seorang manusia yang ideal di dunia meliputi 5 perkara:
1. Berkahwin atau dikahwinkan
2. 1 pasang anak
3. Sebuah rumah, 3 buah bilik
4. Kereta beroda empat
5. Pendapatan 5 digit

Sekiranya kelima-lima perkara di atas telah dipenuhi, maka dari segi lahiriah hidup seseorang itu telah pun lengkap dan mempunyai kebebasan kewangan. Kebebasan kewangan bermaksud kita tidak perlu lagi bertungkus lumus untuk mengekalkan harta dan kekayaan yang kita ada. Kita telah pun berada di peringkat di mana kita hanya perlu menikmati hidup yang tersisa ini. 

Hmm...semuanya nampak sempurna kan. Tapi, satu perkara yang tidak boleh kita lupa ialah selepas mendapat perkara yang ke 5. Kekayaan dan harta benda yang kita perolehi pada hari ini adalah pemberian daripada Tuhan. Sumbangkanlah sesuatu untuk kebajikan, keagamaan dan kekeluargaan. Semua perkara ideal yang kita inginkan di atas ini semuanya pemberian Tuhan. Bila dah sampai ke atas, jangan lupa untuk tunduk ke bawah..

p/s: Makin berisi, makin tunduk.. 

Artikel Sebelumnya: Pesta Kaamatan di Sabah...

3 comments:

Cik Ubi said...

like this entri..satu peringatan disitu..

+akufobia+ said...

tak lupa mereka yang pernah susah seperti sebelum senangnya kita.

zulkbo said...

salam..
tahniah Blue
teruskan usaha anda

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails