TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, June 29, 2010

Home » , » Masa untuk rehat..

Masa untuk rehat..

Seperti biasa ni, tengahari adalah masa yang paling sesuai untuk aku mengemaskini blog yang tak seberapa popular ni. Masa untuk relax dan meluahkan pendapat secara spontan. Oh ya, semalam aku tak blogwalking kerana tidur lebih awal daripada biasa. Perlawanan bola di antara Belanda dan Slovakia pun aku sempat tengok separuh masa pertama je. Apapun, seperti yang diramalkan Belanda dan Brazil menang perlawanan masing-masing.


Banyak entri baru di blog-blog yang menerbitkan entri menerima cek Nuffnang. Dan aku rasa itu bukannya cara mereka nak menunjuk-nunjuk ataupun riak dengan pendapatan sampingan dari dunia blogging, tetapi lebih kepada perkongsian betapa blogging juga dapat menghasilkan pendapatan sampingan walaupun tak banyak. Nak menunjuk apanya kan, bukannya banyak pun pendapatan tu. Dan ini juga menjadi satu bukti bahawa Nuffnang bukanlah scammer, tetapi syarikat pengiklanan yang betul-betul membayar kepada para blogger. 

Tetapi apa yang aku nak nasihatkan kepada blogger-blogger yang dahagakan trafik, janganlah kita asyik mengejar SEO hinggakan lupa untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam blog kita. Memang secara logik, kemudahan Internet lebih banyak maklumat negatif daripada maklumat positif. Sebagai seorang blogger, kita mempunyai satu tanggungjawab untuk memperbanyak entri yang memberi maklumat positif dan kurangkan maklumat negatif. Bukan korang tak tau ramai yang mencari maklumat yang negatif daripada yang positif, dan ini sangat membimbangkan. Ini fakta dan bukannya pendapat.

Sebagai contoh, baru-baru ini kata kunci yang paling mahal di Malaysia ialah mengenai artis Malaysia yang ditahan polis dan juga artis Indonesia yang dikaitkan dengan rakaman video yang melangkaui adat dan tatasusila ketimuran. Janganlah kita menambahkan lagi entri-entri yang panas seperti ini. Kalau nak terbitkan entri sebagai pengajaran dan teladan mungkin 1 entri sudah cukup untuk diperkatakan. Itu pendapat aku yang tak seberapa ni. Maaf jika ada pembaca dan juga para blogger yang terasa. Entri ini tidak ditujukan kepada sesiapa dan hanya pendapat peribadi Bluedianthus yang juga insan tak sempurna. 

p/s: Selamat makan tengahari kepada mereka yang akan makan tengahari. Jangan banyak minum minuman berais, tak baik untuk sistem penghadaman. Pesanan daripada Bluedianthus dari negeri Sabah di bawah bayu.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails