TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, June 4, 2010

Home » » Kecantikan dari dalam...

Kecantikan dari dalam...

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Orang kata bagai irama dan lagu. Tapi, sekarang ni tidak kiralah samada perempuan ataupun lelaki, perkara pertama yang dilihat pada seseorang adalah rupa parasnya. Baru-baru ini aku membaca kisah kontroversi Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2010. Dua hari lepas juga aku ada mendengar siaran radio berbahasa dusun tentang isu ini. Hebat juga diperkatakan tentang perkara ni. Apapun, tidak ada ciptaan Tuhan yang tak cantik. Semuanya cantik mengikut waktunya. 


Definisi cantik itu sebenarnya luas tetapi selalu dihadkan kepada sifat luaran ataupun fizikal seseorang itu. Sekarang ni kalau nak cantik, bermacam-macam kaedah perawatan kecantikan yang muncul. Beribu-ribu produk membanjiri pasaran kecantikan. Siapa kata perniagaan kecantikan akan menjadi tepu? Industri ini akan selalu berputar mengikut peredaran zaman. Yang berubahnya cuma manusia yang hidup di dalam dunia yang fana ini. Seiring usia, kulit berkedut seribu, kendur sana kendur sini, tulang sumsum mengecil, otot semakin kurang deria rasa, rambut pun mulai gugur dan uban-uban menggantikan rambut yang dulunya hitam lebat mayang mengurai. Pakai produk apa pun tak akan mampu mengawal jam biologikal dan penuaan kita. Apa yang kita mampu buat hanyalah melambatkan prosesnya sahaja. 
"Cantik itu sementara...ingat.."

Bila hari tua menjelang, yang tinggal hanyalah kecantikan yang kita miliki dari dalam. Kecantikan luaran memang tidak ada lagi. Apa lagi yang nak dibanggakan sewaktu muda, semuanya hanya pinjaman sementara daripada Tuhan. Jadi, cantik-cantikkanlah hati kita. Oppss..tapi janganlah biarkan diri tu comot je sepanjang masa, kebersihan pun kena jaga. Nanti kena H1N1 kan susah. Kecantikan dalaman itu sangat penting, kecantikan luaran juga penting dan adalah pemberian Tuhan yang harus dijaga..

p/s:Nak tukar ayat orang selalu cakap "Cantik di hati, cantik di mata..." :)

1 comment:

Adam said...

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya…

PEACE !!~

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails