TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, June 28, 2010

Home » , » Isnin terakhir dan cek Nuffnang pertama Bluedianthus..

Isnin terakhir dan cek Nuffnang pertama Bluedianthus..

Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Jun sebelum kita melangkah ke pertengahan tahun kedua untuk tahun 2010 ni. Macam mana dengan azam korang? Ada yang tercapai ataupun melebihi sasaran 50% siap? Aku doakan segala perancangan yang korang lakukan akan berjalan dengan jayanya. Mudah-mudahan.

Baiklah seperti biasa pada hari Isnin, aku akan mengemaskini akaun Nuffnang aku. Tetapi sebelum itu, perlawanan bola di antara England dan Jerman semalam sangat mengecewakan. Manakala Argentina masih terus cemerlang terbilang dengan rekod tanpa kalah setakat ini. Memang asam garam dalam perlawanan kan. Kena tunggu 4 tahun lagi untuk beraksi di temasya terbesar Piala Dunia 2014 nanti. 


Seperti mana tajuk entri di atas..aku telah pun menerima cek pertama daripada Nuffang selepas menyertai syarikat pengiklanan secara online ini pada November lepas. Agak lama juga dapat merasa cek yang bermakna ini. Memang kenangan terindah aku sebagai seorang blogger baru di dunia siber ni. Walaupun jumlahnya tak banyak, tapi tetap bersyukur kerana semuanya ini rezeki. Mungkin ramai juga yang telah menerima cek daripada pihak Nuffnang dan aku harap semuanya mendapat earning yang masyuk-masyuk belaka. 

Cek pertama Nuffnang sudah sampai untuk Bluedianthus



RM130.13 yang bermakna. Terima kasih Nuffnang



Buffered earning yang telah menjadi metered earning

Satu buffered earning telah menjadi metered earning setelah lama tak muncul di bahagian leaderboard. Besar kemungkinan iklan "MyDeal Dot Com Dot My" akan menjadi buffered earning kerana kekerapan iklan tersebut muncul di bahagian atas header. Ada rezeki tak ke mana.. :)

p/s: Bila dah dapat rezeki tu, jangan lupa bersedekah walaupun sedikit. :)


Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails