TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, June 18, 2010

Home » » Ingat Biru, ingat Bluedianthus...

Ingat Biru, ingat Bluedianthus...

Menjelang tengah malam ini, aku sibuk mencari maklumat mengenai sesuatu.. Ya, sesuatu. Rahsia, hehe.. Tak la, tengah buat laman tawaran untuk produk affiliate yang aku promosikan. Sambil-sambil tu tengok drama "Bola Saka" di TV 2. Memang deman habis seluruh dunia ni kan. Tapi, sekarang ni negara Perancis dilanda banjir. Mudah-mudahan berita ini tidak menganggu-gugat ketenteraman pemain Perancis yang mempunyai keluarga di sekitar kawasan yang dilanda banjir.


Bercakap tentang mencari maklumat ni, semua orang maklum la kalau nak cari maklumat boleh tanya kat Google tu. Tapi, kita tak boleh lupakan juga cara konvensional yang dilakukan sejak turun-temurun sehingga ke hari ini. Yup, mencari maklumat melalui buku. Membaca, mencari, menggali, memahami, dan seterusnya mengolah melalui pemahaman sendiri. Sejak kebelakangan ini aku banyak membaca. Ada banyak paperwork nak dibuat. Jadi, mungkin akan kurang membaca blog blogger yang lain, jarang berblogwalking, jarang membalas komen dan sebagainya. Apapun, blogging itu indah... :)
Buku gedung ilmu, menjadikan kita maju menuju halatuju yang satu

Rajin-rajinkanlah membaca buku dan menambah ilmu di dada. Hmm..ok la itu sajalah pesan daripada aku yang tak seberapa ni. Kalau tak suka sangat membaca, boleh baca majalah Ujang, membaca juga tu namanya kan. Boleh awet muda lagi sebab banyak ketawa, hehe.. Apapun, yang penting bacalah beberapa helai suratkhabar, majalah atau apa-apa saja yang dapat memberi pengetahuan kepada otak kita. Satu maklumat dalam sehari pun jadilah. Janganlah baca majalah tentang gosip artis je, ada masa bolehlah baca Reader's Digest ke, Times ke, ataupun Siswa, suratkhabar dan komik penyiasatan (ini aku tambah sendiri, hehe..)

Nak bagitau ni..aku akan bercuti sehingga Ahad ini dari dunia blogging. Nak beristirehat kejap. Mana tau akan datang banyak idea untuk dikongsikan bersama dengan pembaca blog yang tak seberapa ni. Jangan tak rindu aku tau, ingat biru, ingat Bluedianthus, hehe.. Takpun, rajin-rajinkan lah diri membaca entri-entri yang lepas untuk mengenali pemilik blog yang masih hijau di dunia blogging ini.. Sekian dulu, jumpa Isnin nanti.. :)

p/s: Ahad ini Hari Bapa, dah beli hadiah untuk bapa korang ke? Golongan bapa ni sering memendam perasaan je, nampak tenang tapi banyak perkara yang bermain di fikiran. Bukan macam mak kita, kalau tak tenang nampak sangat emosi bercelaru.. Ayah ni kuat sikit di luar, tapi sebenarnya lembut di dalam. Ini karakter daddy aku sebenarnya. Setiap hari adalah hari bapa untuk aku..
p/p/s: Akan tetap mencuri masa untuk tulis artikel Hari Bapa hujung minggu ini. ^_^

Artikel Sebelumnya: Masa untuk withdraw..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails