TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, June 13, 2010

Home » » Hujung minggu bersama cerita aksi Jackie Chan..

Hujung minggu bersama cerita aksi Jackie Chan..

Hujung minggu ini aku tak ada aktiviti yang dilakukan, hanya duduk diam di rumah sambil menonton filem Jackie Chan "Accidental Spy" yang sekarang ni tengah bersiaran di tv2. Aku tak keseorangan, ada Meng Meng Cheng, kucing kesayangan keluarga aku yang manja di sebelah aku. Mummy dan Daddy sekarang ni dalam perjalanan untuk membawa adik-adik aku pulang daripada aktiviti gereja sejak khamis lepas. Aku harap perjalanan mereka berjalan dengan lancar.
Seperti biasa, apabila aku menonton satu filem, aku akan menilai dari segi moral. Filem Jackie Chan kali ini ada sedikit berat dan banyak memainkan emosi. Hanya kerana virus yang bernama Anthrax II menyebabkan pergelutan kuasa untuk memiliki virus tersebut. Jadi, pada aku teknologi maju mungkin boleh memberi kebaikan dan juga boleh memudaratkan sekiranya virus itu jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Tapi, lakonan aksi Jackie memang hebat seperti biasa..hehe..

Satu lagi virus yang tengah melanda dunia pada hari ini ialah virus Piala Dunia. Sememangnya Piala Dunia dinanti-nanti oleh semua penduduk dunia. Abang aku siap print jadual perlawanan sepanjang Piala Dunia. Tapi apa yang aku kesalkan, semasa menonton berita pukul 1 tengahari tadi, gejala yang tidak sihat berlaku iaitu perjudian untuk pertaruhan Piala Dunia. Di negara lain? Bukan, di negara kita sendiri. Ia berlaku di sekitar siber kafe di ibu negara. 

Bagi aku, tak payahlah bertaruh dan berjudi untuk piala dunia ni. Kalau cakap macam tu saja cukuplah. Tak payah nak membazirkan duit, ataupun mempertaruhkan apa-apa saja yang boleh dikategorikan sebagai berjudi. Okies.. Selamat menonton bola.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails