TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, June 14, 2010

Home » » Hari Isnin yang ceria..

Hari Isnin yang ceria..

Selamat pagi untuk korang semua yang masih lagi sudi mengujungi blog Bluedianthus yang sudah pun bertukar wajah pada hari Piala Dunia bermula. Nampaknya ramai juga yang perasan perubahan blog Bluedianthus ini. Apapun, nampaknya kehadiran tema baru pada blog ini juga membuatkan aku lebih bersemangat untuk menulis entri baru. Tapi aktiviti blogwalking sudah berkurangan, banyak lagi aktiviti yang memerlukan tenaga yang mencukupi untuk dilakukan. Jangan lupa malam nanti ada tutorial mengenai cara meletakkan widget hidden shoutmix kat sebelah kanan blog ini.

Ok, blog ini telah mendapat buffered campaign lagi iaitu kempen "Nokia Navigation Phase 2" di bahagian leaderboard. Terima kasih Nuffnang.

Sementara itu, tawaran berbisa juga akan sah sehingga 23:59 malam ini. Promosi lain pula akan menyusul. Okies, sekian saja laporan untuk hari ini. Oh ya, aku dah cuba semak tawaran untuk KPLSPM untuk adik aku. Mudah-mudahan adik aku ni dapatlah menjadi cikgu yang berjaya. Amin.. Tapi keputusan belum keluar lagi, nak check melalui SMS pun belum valid lagi. Kalau ada di antara korang yang tahu, boleh la berkongsi kat sini ya.

p/s: Dulu, cita-cita standard nak jadi cikgu..hehe..


Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails