TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, June 25, 2010

Home » » Entri di subuh hari...

Entri di subuh hari...

Jam sekarang menunjukkan pukul 3:05 pagi. Masa ini aku sedang ditemani oleh perlawanan bola sepak Piala Dunia, Cameroon menentang Neatherlands. Dan pada waktu ini Neatherlands sedang mendahului dengan 1-0. Sukar nak meramal siapa yang akan menang. Tapi aku rasa Neatherlands akan mara ke pusingan seterusnya, Teka score, Neatherlands 2 - Cameroon 1, hehe. Pandai-pandai je Bluedianthus ni. :)

Juara Piala Dunia 2006 juga telah mengikuti jejak langkah Perancis selepas gagal mara ke pusingan yang kedua. Itali dikalahkan oleh Slovenia 3-2 malam tadi. Apa sudah jadi? Banyak kejutan berlaku pada tahun 2010 ini kan..

Di hari Jumaat ini, Bluedianthus tidak dapat balik ke kampung kerana Daddy bekerja shift petang. Tak mengapa la, kerja itu kan satu tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Begitu juga dengan Mummy yang akan menghadiri conference Sabtu dan Ahad ini. Sungguh sibuk mereka sekarang ni. Syukurlah semua anak-anak mereka dah besar panjang. Boleh juga jaga diri sendiri dan cari makan apa yang ada di dalam rumah.

Tapi satu perkara yang aku bangga dengan ibubapa aku ni ialah mereka tidak mengabaikan komunikasi di antara anak-anak mereka. Interaksi sangat penting dalam mengeratkan silaturahim. Walau sesibuk manapun kita, komunikasi dua-hala memang dapat merapatkan ikatan kekeluargaan. Bagi aku, kalau tak suka bercakap pun, cukuplah sekadar memberi senyuman dan bertanya macam mana aktiviti hari ini, ok ke tak..atau apa-apa saja yang boleh dimulakan sebagai pembukaan cerita. Tapi dalam keluarga aku, rasanya semua memang suka bercakap..sampai kena tunggu giliran lagi nak keluarkan suara..hehe..

Komunikasi : Keluarga juga perlu akrab..

Selamat berhujung minggu kepada semua yang bercuti. Kepada mereka yang bekerja di sektor swasta, mungkin ada yang bekerja setengah hari hari Sabtu ini, selamat bekerja juga. Kepada mereka yang sentiasa bekerja ataupun workaholic tu, rehat-rehatlah dari semua jerih payah tu. Rezeki takkan ke mana...

Artikel Sebelumnya: Masa untuk withdraw 2..

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails