TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, June 23, 2010

Home » , » England..bila nak dapat Full Mark ni?

England..bila nak dapat Full Mark ni?

Malam ini malam paling kritikal untuk pasukan dari England, negara yang sememangnya sinonim dengan Liga Premier Inggeris EPL. Entah apa sudah jadi dengan negara ni... Mudah-mudahan malam ini mereka dapat menewaskan Slovenia. Mungkin belum mendapat rentak lagi. Mungkin corak permainan mereka lebih bersifat individualistik berbanding negara lain seperti Argentina dan Portugal (negara Latin memang mantap tahun ni). Kena menang ni, tak boleh seri. Hmm..tak nak komen banyak-banyak, tak tau sangat ni. :)


Okies...seperti mana entri berkenaan iklan percuma seminggu , kesemua 6 slot telahpun penuh dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Korang bolehlah lawat blog-blog mereka ni, mungkin boleh berkenalan dengan mereka, tak pun silap-silap jadi program jejak kasih..hehe.. Di bawah ini aku sertakan tahap kepopularan banner yang telah dilawati menggunakan MyBlogLog.

Kedudukan populariti banner ini sah semasa entri ini diterbitkan.

1. Link terbanyak dan terpopular yang dilawati..serius!

2. Link ke 15 paling popular

3. Link ke 9 paling popular

4. Link ke 5 paling popular

5. Link ke 12 paling popular

6. Belum tersenarai kerana baru saja dipasang sebentar tadi.  



Itu sajalah statistik untuk iklan versi percuma di blog Bluedianthus. Pada pendapat aku, banner Oh Serius ringkas tapi menarik dan mudah diingati. Hanya dengan tagline "Oh, Serius" sudah mampu menarik perhatian pelawat blog Bluedianthus untuk mengklik pada banner tersebut. Perhatikan juga banner keempat yang simple tetapi dapat menerangkan secara tepat tentang blog tersebut. Ada rama-rama dan background warna ungu, dan blinking text "Rerama Ungu". Opss..ini cuma pandangan peribadi aku sendiri dan bukan pendapat profesional. Jadi, kalau ada yang terasa jangan kecil hati ya.. :)

Selepas ini, harga untuk beriklan di blog Bluedianthus ini adalah berharga RM5 sebulan untuk 60 yang pertama. Lebih kurang 16sen sehari sahaja..kerana Bluedianthus ni memang menghargai setiap sen yang ada. Sekali lagi, terima kasih kepada yang menyokong Bluedianthus. :) 

p/s: Less is more..
p/p/s: Teka Score: England menang menentang Slovenia, 3-1..

Artikel Sebelumnya: Ruang iklan PERCUMA untuk seminggu...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails