TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, June 30, 2010

Home » » Bagaimana MyDeal berfungsi?

Bagaimana MyDeal berfungsi?


Maaf, Bluedianthus sedang sibuk dengan proses pemindahan ke hosting baru untuk domain Warnnie Musah Dot Com. Selain itu ada juga urusan yang utama perlu diuruskan. Jadi entri yangditerbitkan juga ringkas dan tidak terlalu berat untuk tontonan pembaca blog ini. Sekiranya ada pengunjung setia yang perasan, blog ini telah dikurniakan buffered earning yang baru iaitu  MyDeal.com.my.

Perkara pertama yang muncul di fikiran aku bila melihat iklan MyDeal ini, aku terus teringat kepada laman web Alibaba.com. Mungkin kerana logo dan ikon yang digunakan macam orang Arab sikit..hehe.. Ok, terus kepada bagaimana MyDeal ini berfungsi:

1. Setiap 24jam pihak MyDeal akan memberikan tawaran istimewa iaitu pemberian diskaun di antara 40% hingga 90%. Setelah jumlah minimum pembeli dipenuhi, Deal akan dibuka. 
2. Kemudian selepas masa Deal tamat dalam masa 24 jam, pembeli akan dimaklumkan melalui email yang mengatakan bahawa kupon ataupun baucer telah dihantar ke alamat rumah pembeli.

3. Setelah mendapat baucer tersebut, bolehlah korang pergi ke tempat yang dan menebus Deal tersebut. Tetapi sebelum menekan butang "Buy Now", kenalah baca dengan teliti terlebih dahulu seperti lokasi untuk menebus baucer dan masa valid baucer tersebut.


Biasanya MyDeal ini memang satu tawaran yang menarik bagi mereka yang berada di Semenanjung Malaysia. Kalau di kepulauan Borneo ni kurang sikit nak dapat peluang dan tawaran yang menarik macam ni. Huhu..

p/s: Entri penghargaan kepada Nuffnang kerana mengurniakan buffered earning di blog ini...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails