TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, June 11, 2010

Home » » Anda berubah, atau otak anda yang berubah?

Anda berubah, atau otak anda yang berubah?

Macam mana dengan tema baru blog Bluedianthus ni? Korang suka atau masih sukakan template yang lepas? Kalau korang tak setuju dengan tema ni, bolehlah berikan cadangan yang bernas untuk Bluedianthus okies. :) Apapun waktu tengahari ni aku sibuk menyusun buku-buku yang berselerak di atas meja. Tapi sempat lagi aku membelek majalah Reader's Digest dengan cover muka depan terkenal di seluruh dunia, Michelle Yeoh. Bangga juga ada artis Malaysia jadi artis Hollywood kan. :)


Baiklah, sebagai santapan minda di hari Jumaat ini aku hanya nak berkongsikan sedikit yang aku baca dalam majalah kegemaran aku ini pada subtopik Better You: How to change your mind. Berdasarkan apa yang aku faham melalui pembacaan aku, beberapa tahun lepas para saintis ada melakukan kajian mengenai adakah otak kita dapat diubah dengan keadaan persekitaran yang berkembang dan berubah dengan pesat di dunia ini.

Percaya atau tidak, otak kita sekarang ini telah mengalami simptom "multitasking" iaitu otak kita berfikir banyak perkara dalam satu masa. Seiring dengan perkembangan jaringan sosial seperti Twitter, Facebook, MySpace dan banyak lagi, menyebabkan otak kita dikerah untuk berfikir berkali-kali ganda. Seorang penulis dan jurnalis terkenal, Maggie Jackson berpendapat bahawa keadaan otak kini telah berada di zaman kegelapan. Walaupun konsep melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sudah diterima umum oleh seluruh masyarakat dunia, sebenarnya kita telah mengarahkan otak kita untuk sentiasa bertukar kepada kerja yang lain, kemudian beralih semula kepada kerja tersebut. Ini menyebabkan daya tumpuan dan fokus kita terganggu dan kadangkala fokus kita tidak ada langsung. Menurut beliau, fenomena ini suatu yang membimbangkan.

Pada pendapat aku, ada benarnya kenyataan beliau ini. Sebab, daya fokus yang kurang akan membantutkan kreativiti seseorang. Tetapi ianya mungkin bergantung kepada individu itu sendiri. Suatu pendapat yang lain ialah dari segi klinikal, Dr Torkel Klingberg menegaskan bahawa isu otak yang bekerja secara "multitasking" TIDAK akan mengurangkan daya tumpuan walaupun kita tidak fokus terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan. Malahan, penambahan informasi dalam otak kita akan lebih memperbaiki kebolehan kognitif kita kerana memori kerja kita telah dipanjangkan kerana sering berfikir.

Apapun, otak sememangnya penting untuk diberikan nutrisi. Macam perut kita, hari-hari mesti nak makan nasi kan. Sama juga dengan otak kita, makanan untuk otak kita adalah sumber maklumat. Jadi, pastikan otak kita bergerak dan berfikir setiap hari. Kalau tidak, sel-sel otak kita akan mulai mati dan tidak berkembang. Otak tidak akan menjadi tepu, melainkan kita sendiri yang dah setkan dalam otak kita yang otak kita tidak boleh menerima benda baru lagi.. Oppss..panjang juga entri kali ini. 

Selamat berhujung minggu untuk semua. Selamat bersanding aku ucapkan kepada saudara Wan Mus yang telah pun selamat menjalankan majlis akad nikahnya. Kalau aku di semenanjung nun, pasti aku datang memeriahkan majlis tu. Apapun, semoga bahagia hingga ke akhir hayat aku ucapkan. :)

p/s: Selamat berhujung minggu dan jangan lupa saksikan perlawanan pembukaan sepak mula di antara tuan rumah, Afrika Selatan menentang Mexico hari ini. :)

Artikel Sebelumnya: Dollar dibayar 2...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails