TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, June 8, 2010

Home » » Aku boleh, aku mesti boleh...

Aku boleh, aku mesti boleh...

Aku baru saja membaca satu topik dalam sebuah ebook bertajuk I can Therefore I Will. Membaca amalan mulia dan leaders are readers, kata-kata daripada Donald Trump yang aku tak boleh nak erase dari otak aku ni. Kepada mereka yang gemar membaca aku ucapkan syabas dan teruskan minat korang tu. Dan jangan hanya membaca satu jenis bahasa sahaja. Bahasa ilmu a.k.a Bahasa Inggeris juga kita kena baca tiap-tiap hari.



Dulu waktu aku masih belajar di sekolah rendah, satu cara yang paling efektif untuk belajar bahasa Inggeris adalah dengan tengok kartun a.k.a animasi berbahasa Inggeris. Dulu, zaman aku kartun Bahasa Inggeris tak ada terjemahan bahasa Melayu. Jadi kita akan lebih fokus kepada adegan kartun dan juga bahasa yang dituturkan. Kartun dulu-dulu best, sebab sebutan bahasa Inggeris masih lagi ada sela masa di antara perkataan yang mereka ucapkan. Sekarang ni laju semacam je. Kadang-kadang tu beberapa perkataan yang diucapkan dalam satu ayat je. Contohnya, "Neamean..?" untuk perkataan "Do you know what I mean?" Atau aku yang lambat pick-up? Hehe...


Sekarang ni dah maju, drama Melayu dah ada terjemahan bahasa Inggeris pula. Ini yang aku suka, sebab aku lebih banyak tengok sarikata bahasa Inggeris tu daripada menghayati drama, hehe...Genre drama yang aku suka adalah yang berbentuk analitik, kekeluargaan, penyiasatan, dan dongeng. Variasi itu penting. Apapun, drama bercorak pengajaran moral masih diutamakan. :)


Entri di tenghari sebelum aku keluar untuk servis kereta kejap lagi. Sebenarnya dah terlebih kilometer untuk servis kereta tu. Sekarang ni musim hujan lagi, takut pula kejadian yang tidak diingini berlaku kan. Aku masih sempat mencuri masa untuk cashout duit ke Paypal. Siapa-siapa yang dah banyak kumpul duit dalam akaun Paypal tu baik transfer ke akaun tempatan. Kadar tukaran dollar semasa adalah RM3.321(pada masa entri ini ditulis), kira boleh tahanlah tu kan. 
$0.40 yang bermakna dari Indoclix


$0.86 yang bermakna dari PaidtoClick (cashout kali ketiga)


Jom buat kira-kira kejap. $0.40 + $0.86 = $1.26 x 3.321 = RM4.18 yang bermakna sungguh bagi aku. Terasa sebak di hati kerana daripada program PTC inilah aku makin menghargai nilai setiap sen yang ada. Aku boleh, korang juga boleh. Mungkin ada sedikit kekangan kerana ketiadaan akaun Paypal. Tapi tak mengapa, tak lama lagi seorang usahawan Internet iaitu saudara Smartzul akan mengeluarkan produk Panduan Asas Paypal versi berbayar tak lama lagi. Produk keluaran saudara Smartzul ini aku yakin berkualiti dengan rekod penjualan produk terdahulunya yang masih mempunyai permintaan sehingga kini. Pada aku versi berbayar lebih baik sebab pembeli akan diberi versi update secara percuma. Siapa yang berminat tu, rajin-rajinlah lawat blog beliau ya. Oppss...tak mau terperangkap dengan traffic jam, jumpa lagi entri yang akan datang.

Boleh join program PTC ini dengan klik banner di bawah










p/s:Berjimat cermat amalan mulia.. :)

Artikel Sebelumnya: Nota cinta dari Sabah...

Artikel Berkaitan: 

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails