TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, June 3, 2010

Home » » 82 hari lagi sebelum CBox didelete..

82 hari lagi sebelum CBox didelete..

Bila bercakap tentang Chatbox ataupun CBox ataupun ShoutMix ini, aku nak bagitau status Premium untuk chatbox di blog Bluedianthus akan luput dalam masa 82hari lagi. Dan aku masih dalam perkiraan untuk menyambung status Premium ataupun buang terus daripada blog aku ini. Macam merajuk je bunyinya kan.. ^_^






Apabila sampai satu tahap, apabila trafik datang mencurah-curah ke blog kita dan kita tidak mampu lagi nak menjalankan aktiviti blogwalking sampai habis. Lagipun ada banyak lagi tugas lain yang perlu dilakukan selain daripada berblogging. Bergelar seorang blogger part time menuntut banyak tugas selain daripada dunia blogging. Aku sekarang ni dah jarang membuat aktiviti blogwalking kerana ada tugas utama yang perlu diselesaikan. First thing first, dan aku minta maaf aku terlepas pandang untuk menjejaki semula blog korang ya. Apapun terima kasih kerana sudi singgah di sini, tak kira apapun tujuan korang datang ke blog ini, aku ucapkan terima kasih kerana telah menyumbang kepada trafik yang selama ini aku tak fikir akan dapat dicapai oleh blog yang baru setahun jagung ni. 
Semakin lama berblogging, aku rasa semakin banyak yang aku belajar. Dan betapa ruginya jika aku tidak mempunyai blog dari awal, mungkin kalau 10 tahun lalu aku sudah mula berblogging mungkin aku dah jadi otai kot. Haha... Apapun, blogging itu best dan indah kan. Ada dua sebab, 1 kita boleh berblogging tentang apa saja. Nak cerita fasal berus gigi baru yang kita beli pun boleh, hehe... Kedua, kita boleh berblogging untuk berkongsi ilmu. Berkongsi ilmu tu kan berkat. Jadi rajin-rajinkanlah diri tu untuk memberi lebih banyak maklumat yang positif daripada negatif. 


3 comments:

Insan Jiwang said...

betul2... serius betul.. kalo dh ceburi dunia blog nih 10 tahun yang lalu kan best, leh jadi otai...hehe..

tapi cmner pun, atas diri sendiri je untuk memajukan site / blog masing2.. n pandai cari kawan... kan,kan.. lama2 glamor lah blog tuh...

chayok2..wanie...opss.. Bluedianthus..hehe..

BezBuddy said...

skg ni pn bluedianthus kire otai pe...hehe

Mijie said...

a'ah..sekarg ni bluedianthus dh otai kan..bnyk entry menarik

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails