TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, May 16, 2010

Home » » Terima kasih cinta versi Hari Guru..

Terima kasih cinta versi Hari Guru..

Semasa entri ini ditulis, Bluedianthus masih lagi berada di kampung bersama dengan keluarga untuk memenuhi misi yang tertunda. Hehe...macam misi mustahak je (direct translation untuk Mission Impossible). ^_^  Jadi entri ini ditulis dua hari lebih awal. Banyak jugak idea aku menulis dalam masa satu hari ini ye. Tapi 

Apapun, hari ini adalah Hari Guru Kebangsaan. Sambutannya berlangsung di negari Pahang Darul Makmur. Semoga segala aktiviti dan program yang dirancang berjalan dengan lancar hendaknya.


Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar aku sejak aku berada di darjah satu sehingga tingkatan 5. sehingga aku masuk ke institusi pengajian tinggi. Terima kasih semuanya. Jasamu mengajar aku yang dulunya tidak tahu apa-apa, sehingga sekarang sangat-sangat aku hargai. Semoga cikgu-cikgu semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Aku sentiasa mendoakan kesihatan semua cikgu yang telah mengajar aku. Sungguh, terharu aku bercerita tentang cikgu-cikgu aku yang gigih mencurahkan ilmu di dada. Terima kasih cikgu, jasamu akan kukenang hingga akhir waktu... Selamat Hari Guru...

p/s: Sebak semasa menulis entri ini, maaf entri kali ini pendek..huhu.. Jumpa Isnin nanti ya.. 

4 comments:

uhave2buy said...

selamt hari guru diucapkan..kepada semua..cikgu yg pernah mengajarku..
masih ingat lagi kena sepak ngan cikgu..hahahahhaha

zulkbo said...

Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia…(buat guru-guru di pedalaman…)
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU..

: bluedianthus : said...

@ uhave2buy...
Yup, dulu saya pun nakal juga semasa di sekolah rendah. Tapi taklah jahat macam membuli..hehe

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Huhu...puisi ini sangat terkesan di hati saya..:( sebak rasa di hati..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails