TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, May 28, 2010

Home » » Sudah-sudahlah...

Sudah-sudahlah...

Hari ini santai sedikit. Cuaca pun mendung je kat luar, ini yang membuatkan aku tak berapa gemar nak keluar untuk membeli barang-barang keperluan. Hmm...tak apa, tulis sesuatu yang boleh membina minda pada pagi ini. Buat mereka yang beragama Buddha aku ucapkan selamat menyambut Hari Wesak. Semoga bergembira bersama keluarga dan merapatkan jurang silaturahim yang kian renggang kerana komitmen dan tuntutan terhadap tugas. Keras benar gambar entri kali ini. Kenapa agaknya Bluedianthus ni ya? Ya, tentu ada sebabnya..

Aku ni jarang membaca Harian Metro online, tapi pagi ini aku membelek mengklik suratkhabar virtual untuk menambah ilmu di dada. Aku sungguh kecewa dengan satu berita yang bertarikh 21 Mei 2010 ini. Pelajar sekolah beruniform ke kafe siber. Kalau tak tau, pengusaha kafe siber tidak dibenarkan pelajar memasuki kafe siber sekirannya masih berunifom. Tapi sebab sudah buta hati dan mahukan keuntungan semata-mata, maka pengusaha ini sanggup tutup mata tak nampak peraturan yang telah dibuat.

Baru keluar dari siber kafe

Tinjuan yang dilakukan antara jam 1 petang hingga 2 petang, kebanyakannya adalah pelajar sekolah tak kiralah samada sekolah menengah atau rendah. Semuanya leka dengan bermain video game. Pihak kafe siber pula menawarkan RM2 sejam, tak ketinggalan juga menawarkan pakej istimewa RM5 untuk 3jam. Pandai sungguh peniaga ini mengeksplotasi kenaifan budak-budak sekolah ini.

Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Masa yang ada sepatutnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran. Tambahan lagi, masa tu kalau tak silap aku dah dekat nak peperiksaan sebelum cuti pertengahan tahun. Kalau macam ni la, pastinya kegunaan Internet ini disalah anggap oleh kebanyakan orang. Mungkin peniaga kafe siber itu juga salah, tapi pelajar juga sepatutnya dapat mengawal diri daripada hanyut dengan permainan video yang melekakan tu. Kalau sejam je tak apa la. 

Ini satu gejala yang kurang sihat, ibubapa perlu memainkan kuasa veto mereka. Bukanlah tak bagi mereka menggunakan Internet langsung, tapi kena bagi "brainwash" dulu. Lagi satu, kalau anak minta duit, tanya dulu untuk apa. Jangan sebab banyak duit, main bagi je kat anak. 

p/s: Kita yang mengawal Intenet, bukannya kita yang dikawal oleh Internet.
p/p/s: Hormatlah sikit pakaian uniform tu...Macam aku, aku tak dapat nak pakai lagi uniform tu..rindu nak ke sekolah menengah balik, huhu..

Artikel Sebelumnya: Pemberitahuan Tergempar...

1 comment:

ROLLENS said...

susah tul budak2 cyber zaman skg ni.... teruk2...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails