TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, May 25, 2010

Home » , » Servis dibayar...

Servis dibayar...

Semalam semasa melakukan aktiviti blogwalking seperti biasa, ada blogger yang mengatakan aku "mengamuk" sebab sampai 4 entri dalam sehari dalam blog Bluedianthus ini. Tapi ada satu yang aku lupa letak dalam entri hari Isnin aku. Nak tau apa? Entri pilihan. Ya, entri pilihan aku tak letak dalam entri yang yang sekianlah banyaknya.. Tapi tak apa, kali ini aku nak bagitau juga entri apa yang paling menarik perhatian aku pada minggu lepas. Rata-rata blog minggu ini pula masing-masing mengeluarkan entri berkisarkan tentang Shahir yang baru sahaja dinobatkan menjadi juara Akademi Fantasia yang ke 8. Tahniah aku ucapkan kepada beliau, walaupun dia tak kenal aku..hehe..


Entri minggu lepas yang menarik perhatian aku ialah Sifu of Blogger milik seorang bakal guru yang lebih dikenali sebagai Bekok (nama pelik la..huhu..). Sebenarnya blog Bluedianthus ini telah direview dalam topik Member Blogger Terpilih. Aku rasa sungguh terharu tapi rasanya aku belum bergelar sifu lagi dalam hal blogging ini. Apapun, ianya satu semangat untuk aku terus menghasilkan entri yang dapat menjadi informasi kepada orang lain. Antara sedar dan tidak, aku semakin kurang bercerita mengenai diri sendiri. Bolehlah jenguk-jenguk pemilik blog tu ya.


Sebelum itu suka aku nak kongsikan dengan pembaca setia blog Bluedianthus ini yang aku baru sahaja mendapat ganjaran di atas servis menulis artikel kepada salah seorang usahawan internet yang sangat disegani di forum WangCyber.
RM35.00 yang bermakna


Walaupun nilai wang ini sedikit, tapi ia sangat bermakna bagi aku. Baru aku tau rasanya seksa mencari duit sendiri. Walaupun tak penat dari segi fizikal tapi penat dari segi otak. Otak kena bekerja keras dan memerlukan pengorbanan yang besar dari segi jam biologikal kita. Nasihat aku kepada korang yang baru nak menceburkan diri dalam bidang cari duit online ini, buatlah sampai ada hasilnya. Jangan mudah berputus asa dan rajin-rajinkanlah diri korang mencari a.k.a menimba ilmu untuk menambahbaikkan ilmu pengetahuna korang. Korang akan dapati semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu. Itu satu tindakbalas yang normal. Memang suatu perasaan yang mengujakan apabila memerhatikan duit mengalir masuk ke dalam akaun kita. :)


Okies, sampai di sini saja entri aku untuk hari ini. Jumpa lagi di entri akan datang.. :)
p/s: Kepada mereka yang memberikan awards, tag dan sebagainya..aku ucapkan ampun dan maaf kerana belum ada kesempatan yang sesuai untuk dikumpulkan dalam satu entri. Jangan kecil hati ya, aku bukannya marah sebab kena tagged,..sebab aku mesti tagged orang lain juga. Apa boleh buat kan, that's the rules of the game. Apapun, ini menunjukkan kewujudan aku disedari oleh korang semua. Oh, Bluedianthus sungguh terharu...


Artikel Sebelumnya: [Review] Hari Isnin masa untuk maraton 3 produk


Artikel Berkaitan:
Dollar dibayar...
Komisyen diterima...
"Jalinan" ini dibayar...

5 comments:

Shamrin Mat Janih said...

Walaupun aku baru dlm blogger ni, tp blog blue adalah satu blog yang bagus dan berguna...

Mario said...

semakin bagus u ni sis...betul tu semakin byk kita belajr semakin byk kita tak tau...

Insan Jiwang said...

Betoi-betoi Shamrin Mat Janih, saya (Bekok) setuju sangat2.... Bluedianthus ni lah yang mengajar saya cmne nk uptrafik n bagi motivasi... perh... sokong hbis lah site nih...hehe...

Thnks Bluedianthus... terharu bila sebut nama Bekok tuh..hehe..

Syafrizal said...

Tahniah kerana mendapat ganjaran hehe

+akufobia+ said...

kembang.woaa.

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails