TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, May 7, 2010

Home » , » Senyumanmu penyembuh luka...

Senyumanmu penyembuh luka...

Jumaat datang lagi hari ini, tak sedar masa begitu pantas berlalu. Begitulah dunia, mana nak tunggu kita ni. Mahu tidak mahu, kita yang terpaksa mengikut rentak waktu yang berjalan dengan pantas meninggalkan kita. Bahan ujikaji kita pada hari ini adalah perkataan "SENYUMAN". Siapa yang tak pernah senyum seumur hidupnya sila angkat tangan? Hmmm...yang angkat tangan tu betul ke tak pernah senyum? ^_^ Korang pun mesti maklum, hanya dengan satu senyuman saja sudah cukup sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan terapi untuk jiwa dan hati yang sedang mengalami stress. Lagi satu, senyum tu tak perlu bayar..jadi murah-murahkan la senyuman korang tu ya.

Okies..hari ini kita regangkan sedikit kekusutan fikiran yang ada. Masa untuk memberikan terapi senyuman untuk diri sendiri. Kalau masih ragu-ragu tentang kuasa senyuman, jom bersama dengan Bluedianthus dalam siri "mencari hikmah senyuman yang bermakna" melalui sedikit kajian amatur dari aku, hehe...

Hikmah senyuman 1 : Melalui senyuman, kita sebenarnya sudah pun bersenam iaitu jogging dalaman tubuh yang dapat merangsang saraf dan hormon-hormon dalam badan kita. Apa lagi, sebelum terus membaca, kita senyum dulu..hehe..(Aku dari tadi lagi senyum tengok model entri aku kat atas ni..cun kan..)

Hikmah senyuman 2: Sebenarnya, semasa kita tersenyum, seluruh tubuh kita juga mengeluarkan "senyuman". Faham tak ni? Maksudnya tindakbalas badan kita yang ceria dan riang. Ini aku percaya sebab aku selalu mengalami situasi sebegini. Senyuman juga memperlahankan aliran darah kita. Jadi susahlah nak dapat penyakit jantung kan..:)

Hikmah senyuman 3: Senyuman juga menghasilkan hormon endorfin dalam otak yang dapat mengurangkan kesakitan fizikal dan juga emosi. Jadi dengan itu kita akan lebih berasa selesa dengan keadaan diri kita.

Hikmah senyuman 4: Semasa ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah dan juga dapat meningkatkan antibodi kita dan juga sebagai pertahanan badan kita daripada serangan dan jangkitan penyakit.

Hikmah senyuman 5: Senyuman menambahkan kemasukan oksigen dalam badan dan dapat mengawal kesan kemurungan, keresahan dan kemarahan. Orang yang selalu senyum jarang sakit (yang ni aku musykil sikit)

Hikmah senyuman 6: Yang ini menarik, senyuman ini dikategorikan sebagai stress yang baik. Hmm..aku tak tau pun senyuman tu sejenis stress. Yang aku tau, kalau senyum orang tu memang tengah gembira. Hehe..

Hikmah senyuman 7: Yang ini aku suka. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia dalam badan yang menghalang penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.Ketawa juga memberi latihan kepada sistem abdomen badan.

Itulah antara hikmah senyuman yang menarik perhatian aku. Sebenarnya ada banyak lagi seperti senyuman juga boleh meningkatkan tahap kardiovaskular, mengawal suhu badan dan lain-lain. Apapun, senyum itu sedekah yang indah. Dengan banyak kebaikan dalam senyuman ini. Tidak ada alasan lagi untuk korang dan aku untuk tidak tersenyum.. Di kesempatan ini, aku ucapkan selamat berhujung minggu untuk korang semua. Aktiviti blogwalking dihentikan seketika..sebab hari ini aku balik ke kampung nenek kesayangan aku. Sabtu malam baru aku balik. Blog ini juga akan cuti sehari daripada diisi dengan entri yang baru untuk memberikan ruang kepada blog yang lain kelolaan Bluedianthus juga. Barulah blog yang lain turut tersenyum macam blog Bluedianthus ni...1, 2, 3 Senyum.... ^_^
Senyum itu penyembuh luka..tapi biarlah senyum dengan ikhlas ya..
p/s: Senyuman penyembuh luka, bagi yang baru putus cinta..payah juga tu kan.. Tak apa, be strong! :)
p/p/s: Senyuman blogger paling ikhlas aku jumpa ialah pemilik blog Loyar Lawa...memang lawa pun..macam muka yang masuk AF tu..lupa pula aku nama dia...huhu...


Artikel Sebelumnya: Kita buat, kita dapat...

10 comments:

zulkbo said...

salam..
singgah dengan senyuman di sini
thanks for sharings info warnie..

Aminjohar said...

Hari ini hari jumaat. :-)

Hehehe entri senyum.. Menariknya.

Banyak info tentang senyum..

P/S: x leh r senyum2x dpan lappy llama... Kang 1 family tengok pelik semacam je senyum sorang2x.. hehehe

ROLLENS said...

smile is the secret recipe for long life....cheers to you..... weekend coming....hehe

Shamrin Mat Janih said...

Senyum seindah suria yang memberi cahaya. senyum tanda kegembiraan, senyum juga tanda ketenangan.

p/s: tp jangan pula senyum seorang2 tak tentu pasal, tu dah kategori gila. hehehe.

aduka said...

senyum itu sedekah..
=)

al-basri said...

salam,
datang membawa senyuman dan meminta senyuman juga...
rasanya dapat menyegarkan jantung saya..hehe

terima kasih.

tehr said...

^_^ [Tiada insan yang terlalu kaya sehingga tidak memerlukannya, juga tiada insan yang terlalu miskin hingga tidak mampu memberikannya] ^_^

...senyum untuk kamu dan keluarga

yastro said...

Aku senyum pada hari sabtu disini...terkenang2 lak lagu "senyum"!!!

LUKISAN PENA said...

akhirnya...aku tersenyum....

senyum seindah suria..
yang membawa cahaya...
senyumlah dari hati..
dunia mu berseri..

+akufobia+ said...

1..2..3..senyum.

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails