TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, May 2, 2010

Home » » Santai hujung minggu..

Santai hujung minggu..

Hujung minggu selalunya kita rasa akan cepat berakhir. Esok dah hari Isnin. Tapi bagi para blogger macam kita ni, memang suka sangat kalau hari Isnin ni.. Kalau aku ni, memang hujung minggu jarang akan update blog. Nak online sejam pun payah kalau hujung minggu ni. Banyak sangat aktiviti bersama keluarga yang menarik akan dilakukan. Contohnya, aktiviti keluarga yang paling digemari ramai, T I D U R. Siap eja lagi ni, haha...


Tidur merupakan satu aktiviti yang sangat diminati oleh semua orang tapi makin kurang orang yang mendapat tidur yang secukupnya (termasuk aku, huhu..). Orang sekarang ni selalu menggunakan istilah "berkualiti". Bukan masalah banyak masa bersama keluarga atau tidak, yang penting masa bersama yang berkualiti. Tidur tak cukup tak apa, yang penting tidur yang berkualiti. Memang ada benarnya juga istilah ini, tapi bergantung kepada situasi juga la kan. Contohnya, buat assignment last minute, asal berkualiti. Macam tak sesuai je penggunaan istilah "berkualiti" ni kan. :)

Satu perkara yang aku suka pada hujung minggu ialah perkataan hujung minggu itu sendiri. Apabila tibanya hujung minggu, otak kita secara automatiknya akan menyampaikan mesej ke otak dan otak akan menyampaikan pula mesej ke saraf motor serta anggota tubuh badan kita. Hmm...aku tak ambil matapelajaran Biologi sewaktu sekolah menengah walaupun aku kelas aliran Sains, jadi kalau aku silap cakap tulis, sila betulkan aku ok. Ok, aku sambung balik ni. Mesej yang disampaikan kepada seluruh saraf akan memberitahu yang hujung minggu sudah tiba dan secara tak langsung stress yang ada dalam diri kita akan menurun. Aku tak ada la pula menjalankan eksperimen, tapi ini hanya melalui pengalaman aku sahaja. Bagi mereka yang bekerja sendiri, mungkin setiap hari adalah sama bagi mereka. Tapi mereka masih lagi perlu meyeimbangkan kerja dan kehidupan seharian. Hidup hanya sekali kan, jadi manfaatkanlah masa yang ada terutamanya bersama dengan keluarga yang tersayang.

Entri aku pada Jumaat lepas adalah review mengenai filem Iron Man 2 dan Robin Hood. Filem Robin Hood belum keluar lagi, dua minggu lagi baru ada. Siapa yang dah tengok filem Iron Man 2? Ada seorang blogger cakap dengan aku sekuel Iron Man kali ni tak berapa menyengat. Ikut logik, memang filem pertama akan selalu lebih hebat daripada filem sekuelnya. Apapun, ada masa aku akan menonton filem ini dengan adik-adik aku. Kalau tak sempat pun, boleh juga sambung tengok filem Robin Hood nanti, hehe..

Mungkin semasa aku publish artikel ini korang sedang menonton Anugerah Industri Muzik (AIM) secara langsung di NTV7. Aku tak tengok, esok aku tengok result je...ada aktiviti yang wajib yang harus aku lakukan. Semoga korang ceria-ceria dan jangan lupa tidur awal malam ni. Nanti terlambat pula ke sekolah, ke pejabat, ke kuliah dan ke mana-mana saja yang korang nak pergi esok. Jangan lupa temujanji kita esok ya..hehe..


Artikel Berkaitan:

6 comments:

zulkbo said...

SALAM..
suka tidur kamu yek
pasal tu cantik
hu hu hu...

csh said...

TIDUR juga merupakan activiti yang saya minati. Apa yang penting ialah tidak payah bangun pada waktu yang ditetapkan...boleh bangun pada bila-bila saja...

:-)

Shamrin Mat Janih said...

TIDUR adalah perkara terbest nk buat. hehehe.

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Cantik ke? Tak cukup tidur juga sekarang ni...banyak kerja..:)

: bluedianthus : said...

@ csh..
Betul tu, tidur juga boleh mengurangkan kadar stress pada badan kita. Tapi malangnya saya hanya dapat melakukkan aktiviti ini pada hujung minggu saja. :)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin...
Hehe..betul tu. Tapi jangan tidur lama-lama, sayang juga masa tu..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails