TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, May 5, 2010

Home » , , » [Review] Hatimu segagah raja rimba Bahagian 2

[Review] Hatimu segagah raja rimba Bahagian 2

Aku terpanggil untuk membuat entri khas bahagian kedua untuk entri [Review] Hatimu segagah raja rimba kerana terdapat sedikit perubahan masa tayangan bagi filem yang dinanti-nanti tahun ini, Robin Hood yang akan ditayangkan pada 13 Mei nanti. Hmmm...ada siapa-siapa tak yang nak bawa aku tengok wayang Khamis depan? Hehe..Selain daripada itu, aku cuba nak membawa korang mengimbau kenangan silam yang telah 41 tahu berlalu Apakah kenangan silam tersebut? Korang mesti dah tahu kan. Kalau dah tau, aku masih lagi nak ingatkan korang semua. Sebab inilah yang paling penting dalam sesebuah negara yang ada penduduk yang berbilang kaum macam kita di Malaysia ni.

13 Mei 1969, masihkah korang ingat akan tarikh keramat ini? Sumber daripada Wikipedia Bahasa Melayu, menyatakan peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan tragedi berlakunya rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969". Ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Ok, kita berhenti setakat itu saja. Aku ni pun bukannya suka politik sangat. Apa yang nak aku tekankan di sini betapa sensitifnya isu perkauman ini. Ini bukan suatu perkara yang boleh dibuat main. a.k.a diperlekehkan Ada satu kali aku menonton suatu video di Youtube, satu siaran berita berbahasa sekian-sekian...yang telah dimasukkan elemen audio seolah-olah mengejek gaya bahasa satu kaum yang terdapat di Malaysia. Maaflah aku tak nak sebut kaum apa dan bahasa apa yang digunakan ya. Isu ini sungguh sensitif, boleh masuk ISA tau. Kalau aku yang lahir sebagai kaum tersebut memang angin satu badan juga la. Mungkin video itu juga sekadar memberi hiburan santai, tapi bukan itu caranya ok. Youtube ni top 5 dalam senarai Alexa, berjuta-juta orang melayari Youtube dalam sehari. Maunya orang tak jumpa video yang diupload tu. Kalau tak upload tak apa la juga. Simpan je sebagai koleksi, tak ada siapa yang nak marah kan.

Jadi, aku sebagai blogger baru dan masih kerdil dalam bidang blogging ini nak menyeru la kepada semua kawan-kawan blogger supaya menjaga keharmonian negara kita. Bukan senang tau nak hidup rukun dalam kalangan masyarakat yang berbeza budaya dan adat resam, berbeza agama lagi. Kita perlu bersyukur sebab negara kita ni belum lagi seperti negara Thailand yang sedang sibuk dengan gejolak politik dan demonstrasi jalanan. Sekurang-kurangnya masih terkawal. Mungkin baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kes polis tembak mati remaja berumur 15 tahun. Tapi keadaan masih terkawal dan apa-apa hal pun diselesaikan secara mengeluarkan kenyataan rasmi pada sidang media.

Jadi, kita sebagai blogger juga mempunyai tanggungjawab dalam mengharmonikan lagi masyarakat di negara kita. Mungkin kita bukanlah seperti Tun Dr Mahathir yang sekali tulis isu berkaitan sempadan Brunei dan Malaysia berkaitan minyak dan petroleum dalam blog, esoknya terus keluar satu Memorandum Persefahaman Malaysia-Brunei...tapi sekurang-kurangnya kita tidak mengikut jejak mereka-mereka yang ingin mengacau-bilaukan negara. Kenalah tunjukkan sokongan sikit slogan 1Malaysia tu.. Alamak, terpanjang pula entri kali ini, terima kasih kerana masih mampu membaca sehingga perenggan ini...

Artikel Sebelumnya: Komisyen diterima...

Artikel Berkaitan:

4 comments:

zulkbo said...

bestlah citer ni
dulu mel gibson
sekarang russell
wah..hero yang hebat
belaka...

Seri said...

setiap kita nie tetap bangga kepada budaya dan bahasa ibunda kita. mengejek sesuatu bahasa atau budaya orang lain haruslah dielakkan kerana kita dalam satu negara yang berbilang kaum harus menghormati antara satu dengan yang lain. keamanan bukan saja terletak dibahu para pemimpin tapi kita sebagai rakyat juga memainkan peranan penting.

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Yup..ingat nak tengok juga 13 Mei ini..Mereka ni memang ikon dalam bidang perfileman...Harap-harap lakonan Russel Crowe sehebat dalam filem Gladiator.:)

: bluedianthus : said...

@Seri...
Betul tu Seri, saya sangat setuju dengan pendapat Seri tu. Hormat-menghormati adalah teras penting dalam masyarakat kita..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails