TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, May 24, 2010

Home » » [Review] Hari Isnin masa untuk maraton 3 produk Bahagian 2

[Review] Hari Isnin masa untuk maraton 3 produk Bahagian 2

Sistem affiliate ini sangat penting dan tak hairanlah ramai di antara usahawan internet memlilih bidang affiliate untuk menjana pendapatan berganda daripada menjual produk orang lain. Sistem affiliate sangat penting untuk meluaskan lagi pasaran dan capaian pembeli. Jadi di sini akan wujudnya "win-win situation". Ianya bukan sahaja melibatkan pemilik produk dan agen yang menjualnya malah juga kepada pembeli yang sememangnya tercari-cari produk informasi yang berkaitan.



Jadi sesiapa di antara korang yang terfikir untuk menghasilkan produk sendiri, sistem affiliate adalah produk yang korang mesti miliki. Maaflah kalau aku memeningkan kepala korang semua dengan produk keluaran usahawan tempatan. Apapun, panduan ini sangat berguna kepada mereka yang serius dan nak "outstanding from the other internet marketers". Semua persoalan mungkin ada jawapannya bila korang melawat laman web jualan pemilik produk ini. Lawati sekarang: Panduan Pemasaran Sistem Affiliate.

Pendapat peribadi aku setelah membaca dan melihat panduan ini, hebat, lengkap dan teratur. Aku faham akan susah-payah nak membuat screenshot menggunakan Adobe Photoshop ataupun apa-apa perisian yang boleh capture screenshot. Jadi aku perasan ebook ini sangat teliti dari segi ilustrasi bergambar. Tahniah kerana menghasilkan produk yang berkualiti. Sistem Affiliate ini sememangnya menjanjikan aliran wang berganda sekiranya penggunaannya dioptimumkan. Aku belum lagi mencuba sepenuhnya panduan ini kerana aku baru sahaja berjinak-jinak dengan autoresponder. Jadi kena belajar satu-satu dulu, kalau tak nanti overload information pula. 

p/s: Sebenarnya sudah lama aku ingin membuat review mengenai produk ini. Tapi akhirnya aku telah lupa take note dalam nota harian aku. Minta maaf kepada pemilik produk, yang juga merupakan pemenang pertandingan menulis karya motivasi tidak lama dulu. Apapun, semoga beliau sentiasa sukses. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails