TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, May 30, 2010

Home » » Pesta Kaamatan Di Sabah...

Pesta Kaamatan Di Sabah...

Hari ini hari Bluedianthus sibuk dengan aktiviti luar dan mengemaskini blog bukan lagi satu keutamaan untuk aku. Pun begitu, aku masih lagi meringankan tangan untuk menulis beberapa patah perkataan untuk memberi blog ini bernafas daripada entri kelmarin. Bagaimana dengan hujung minggu korang? Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama tak? Apapum, aku harapkan agar hujung minggu korang sentiasa ceria dan gembira. Amin... ^_^. Hmmm...kali ini aku hanya ingin bercerita serba sedikit mengenai sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan oleh kaum aku, Dusun-Kadazan...



Hari ini adalah pembukaan secara besar-besaran sambutan Pesta Kaamatan di Penampang, Kota Kinabalu Sabah iaitu di Hongkod Koisaan (KDCA). Aku tak pergi pun ke sana kerana aku sibuk dengan aktiviti yang lebih penting daripada itu. Dulu waktu aku masih kecil ada juga beberapa kali aku mengikut ibu dan bapa aku ke sana. Sekarang ni, dah bertahun-tahun aku tak datang ke sana. Hehe... Haa..aku nak ajar la korang bercakap bahasa Dusun-Kadazan kejap. Hari Kaamatan dalam bahasa aku disebut "Tadau Kaamatan". Sementara itu, dalam bahasa Kadazan pula disebut "Magavau".  Perayaan ini adalah amalan tradisi khas untuk menghormati semangat padi yang dinamakan "Bambazon." Tapi sekarang ianya dianggap sebagai salah satu kebudayaan sahaja dan tidak diamalkan dalam kehidupan kerana masing-masing telah mempunyai agama yang tersendiri.

Apapun, acara kemuncak perayaan ini adalah pertandingan "Unduk Ngadau" ataupun dalam bahasa melayu ratu cantik. Semua yang bertanding dalam pertandingan ini adalah mereka yang telah menjadi juara di peringkat daerah dan bahagian masing-masing. Mereka akan diuji dari segi kepintaran menjawap soalan dalam bahasa ibunda dan juga kepetahan bahasa mereka. Jadi markah bukannya diberi untuk paras wajah mereka sahaja. Kena ada pakej lengkap "beauty with brain". Barulah layak digelar Unduk Ngadau. 
Joanna Sue Henly Rampas, pemenang tempat kedua bintang RTM juga merupakan bekas Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah, patut la cantik kan.. :)

Okies..itu sajala yang sempat aku kongsikan untuk hari ini. Maaflah entri baru-baru ini pendek je. ^_^ 

Artikel Sebelumnya: Di mana kan kucari ganti...

4 comments:

al-basri said...

Salam
Selamat Tadau Keamatan...
Blue, saya sedang membayangkan makanan yg enak2 disana...haha
nanti buatlah entry tentang makanan kaum Dusun-Kadazan disini, teringin juga nak tahu.

terima kasih, seronok membaca kerana saya dapat memahami sedikit tentang kaum awak...

zuanjoe said...

bah.. gadis sabah mmg menarik.

selamat tadau keamatan.. :)

http://improveslife.blogspot.com/

+akufobia+ said...

cantik otak pendek tak guna kan.ada ilmu,takde la orang nak pandang hina.jom belajar.

Kulanz Salleh said...

Dulu masa sekolah di KK selalu datang KDCA terutama time Pesta Kaamatan.. tapi sekarang ni jrang sudah dapat pegi sana.. sibuk memanjang..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails