TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, May 19, 2010

Home » , » Ogawa, aku tidak mampu..

Ogawa, aku tidak mampu..

Ingatkan nak beli produk Ogawa ini sempena Hari Ibu dan Hari Bapa. Tapi kewangan belum mencukupi. Ogawa, aku minta maaf kerana tak mampu memilikimu (buat masa ini...) Ini membuatkan aku sunguh sedih sesedih-sedihnya (sila jangan gunakan ayat ini dalam karangan bahasa Melayu ok). Huhu..Apapun, ianya bukan keperluan tetapi lebih kepada memberi keselesaan dan menjadikan kualiti hidup lebih baik. Tak apa. Lepas ni Hari Bapa pula, korang ni dah sediakan apa-apa hadiah ataupun cendera kenangan untuk insan tersayang korang ni? Kalau belum, kena la cari ataupun lagi cantik dan memorable korang boleh buat sendiri hadiah khas untuk mereka yang telah berjerih payah menjaga kita selama ini. ^_^


Sepanjang aku menjadi anak perempuan kepada kedua ibubapa aku, banyak kenangan dan peristiwa yang takkan aku lupakan. Dulu aku pernah jadi anak bongsu selama 8 tahun, jadi sikap manja tu sukar nak dikikis. Oppss, bukan sikap manja yang dibuat-buat a.k.a mengada-ngada tu tau. Ini sikap manja semulajadi. Sekarang ni, aku sentiasa akan tulis apa yang berlaku dalam keluarga aku. Masa semakin suntuk. Adik-adik aku pula ke sana ke mari untuk meneruskan pengajian. Mesti ada seorang yang tak ada di rumah, rasa tak lengkap. Dalam keluarga aku, ada seramai 7 orang. Cantik kan angka 7 ni. Angka sempurna kata orang. ^_^

Baru-baru ini AirAsia dengan aksi berani seperti biasa memberikan tawaran Free Seat kepada mereka yang nak melancong. Ini memang baik dan menggalakkan industri penerbangan di Malaysia. Aku teringat pula yang aku telah membeli 2 tiket beberapa bulan lepas untuk mummy dan daddy aku berbulan madu..hehe.. Tempatnya tak jauh pun, di Kuching Sarawak je. Maklumlah mereka ini belum pernah lagi singgah di Bumi Kenyalang tu. Paling menariknya, aku membelinya dengan hasil titik peluh (tak berpeluh pun sebenarnya..tapi otak penat la..huhu..) aku dalam dunia online ini. Itu yang aku teruja sangat nak tulis entri kali ini.
Nombor plat dan masa penerbangan dirahsiakan, privasi diutamakan.. :)

RM290 yang bermakna untuk dua insan kesayangan Bluedianthus

Perasaan selepas dapat membelikan tiket dengan usaha sendiri kepada ibubapa kita memang sesuatu yang berbeza. Dan dari sinilah aku dapat membuktikan kepada mereka yang aku bukannya membuang masa melayari Internet. Aku tunjukkan hasil dan mereka dan juga tunjukkan tiket, dan respon positif diterima. Bil streamyx juga di bawah tanggungan aku. Jadi kena usaha dengan keras lagi lepas ni. Untuk korang-korang semua, pastikan korang menggunakan medium Internet ke arah kebaikan dan bukannya kejahatan. Silap-silap boleh buat duit sampingan lagi. Kadang-kadang kejayaan yang besar dianggap kecil bagi sesetengah orang, dan adakalanya kejayaan kecil itu dianggap kejayaan yang paling manis untuk orang lain. Begitulah kisahnya dengan aku. Korang, sempena tiket free ni singgah-singgahlah ke Sabah di Bawah Bayu ni. :)

p/s: Mummy, daddy..thank you for having faith in me.. I love both of you.. 


8 comments:

bspotgurl said...

baiknya u nak beli. Takpe walaupun belum mampu tapi yang penting hajat kat hati tu. ade jugak ingat nak bagi kat ibu kan. All the best

dayna said...

salam, apa yg termampu sedaya kita..mereka tak minta semua tu, yg diharap agar kasih sayang berpanjangan dan kekal abadi.

+akufobia+ said...

nak belanja tiket,tanggung bil belum beruang lagi.err.jadi anak yang baik kira boleh gak la kan?wee.

Hasmadi said...

pasang impian...nanti kumpul duit...cukup je nanti bleh beli ....gerenti blehnya....

: bluedianthus : said...

@ bspotgurl..
Betul tu, nak beli nak jadikan cenderahati untuk parents. Malangnya tak cukup duit, hehe... Yup, apa yang paling penting adalah keikhlasan dalam memberi...:)

: bluedianthus : said...

@ dayna..
Betul tu, yang penting kasih sayang yang tak berbelah bagi kita curahkan untuk mereka..:)

: bluedianthus : said...

@ akufobia..
Yup, itu yang paling penting di antara yang penting. Jadi anak yang baik dan taat kepada ibubapa..:)

: bluedianthus : said...

@ Hasmadi..
Boleh, yakin boleh kan Hasmadi..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails