TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, May 9, 2010

Home » , , » Terima kasih cinta versi Hari Ibu..

Terima kasih cinta versi Hari Ibu..

Pada suatu hari selepas hujan lebat, aku berjalan bersama seorang insan yang memberiku kesempatan untuk hidup di dunia ini. Aku melihat jalur-jalur halus melingkari langit. Sungguh indah pemandangan pada ketika itu, ingin rasanya aku bermain dekat dengan jalur-jalur halus itu. 

"Itulah pelangi sayang..cantik kan?" Wajah manis itu tersenyum padaku. Aku tersenyum riang. Inkuiri ku mulai bertandang, "Pelangi...cantik nama benda tu. Macam mana pelangi terjadi?"


"Pelangi ada bila hujan turun semasa matahari masih ada sayang.."
Aku mulai minat dengan benda yang dinamakan pelangi itu, "Banyaknya warna pelangi tu. 1, 2, 3, 4..hmm, tak dapat kira la..Hmm..merah, kuning, hijau... Hmm...apa lagi ah.."
"Sayang, pelangi ada 7 warna. Ada warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu..". Wajah itu tersenyum lagi. Pandainya insan kesayangan aku ni, getus hati kecilku.. 
"Kalau banyak warna kita panggil berwarna-warni sayang.."
Aku kaget sebentar..kemudian berkata dalam hati, "Kenapa macam nama aku je ni.."
Insan di sisi ku tersenyum kemudian menyambung, "Sayang, mummy bagi nama  untuk sayang Warnnie sebab sayanglah warna-warna keceriaan dalam hidup mummy..bukan saja 7 warna tapi dari 7 warna boleh mencipta beribu-ribu warna lagi..."

Begitulah kisah aku berbelas-belas tahun yang lalu. Dan kini aku mengerti namaku memang unik..hehe.. Ok, entri ini bukan untuk aku tapi untuk mummy kesayangan aku. Pada aku, hari-hari adalah Hari ibu untuk aku. Tapi hari ini mummy, daddy dan dua orang adik aku pergi ke Labuan untuk menghantar adik aku ke Kolej Matrikulasi Labuan. Ini kes menyambung legasi ni, hehe.. Lepas adik aku yang sorang habis, sorang lagi pergi. Apapun, semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali, semoga cuaca baik je hari ni. Sekarang ni tinggal la aku dan adik bongsu aku je. Aku la mummy dan daddy adik aku untuk 3 hari ini. Jadi driver pun aku juga..hehe..

Kepada korang-korang semua, jangan lupa ucapkan selamat hari Ibu untuk ibu, emak, umi, mummy, mama, ama korang ya. Sayangi mereka selagi kita masih mampu memberi mereka kasih sayang. Pesanan ikhlas aku dari kejauhan...Salam Borneo..Salam 1 Malaysia.
 Terima kasih mummy...."cintamu" kusimpan sepanjang hayatku..

Mummy, thank you for taking care of me and all of my siblings. Maybe sometimes we hurt your heart with our acts or even with our  harsh words, but deep in our heart, you are the whole world for us. You know we didn't mean it. And we won't forget our beloved daddy, who being so patient with us, four daughters and a son of yours.
 
p/s: Orang kata susah nak jaga anak perempuan ni..betul ke? Hmm..
p/p/s: Pembukaan Piala Thomas malam ini, jom sokong negara kita..Malaysia, I'm proud to be Malaysian! ^_^

Artikel Sebelumnya: Senyumanmu penyembuh luka...

Artikel Berkaitan:

14 comments:

miss hav0c said...

hp mom's day

hu¤čna™ said...

slmt ari ibu..
hee..

zulkbo said...

sayang ibu mu..
wajah mu adalah jelmaan ibu mu
sewaktu muda..memang seiras..

Seri said...

sebut aje pasal pelangi tu, teringat waktu masih kecil2 dulu. orang kata siapa dapat pangkal pelagi tu boleh dapat harta karun.

selamat hari ibu

Aminjohar said...

:)
Tak terkata hari ini, terkenang2x semua kisah disamping ibu tercinta.
Huhu skunk mak AJ ada kat Alor Star.

:-)

Long Haffiz Long Hassan said...

cantik pelangi tu..huk2..

+akufobia+ said...

selamat.hari.ibu.sayang ibu.

: bluedianthus : said...

@ miss havoc..
Thanks..same goes to your mom ok..:)

: bluedianthus : said...

@ husna..
Ya, selamat hari ibu juga..:)

: bluedianthus : said...

@ zulkbo..
Seiras ke? Saya tak perasaan pula..
Apapun, ibu saya memang comel kan..hehe..

: bluedianthus : said...

@ Seri..
Wah, betul ke Seri? Lepas ni nak pergi tengok pelangi tu dekat2..hehe..
Selamat Hari Ibu juga ..:)

: bluedianthus : said...

@ Aminjohar..
Ya, dulu saya ni nakal banyak..selalu menyusahkan mummy saya. Oh, tinggal berjauhan pula AJ ngan emak ye..:)

: bluedianthus : said...

@ Long Hafiz Long Hassan..
Yup, cantik kan pelangi..:)

: bluedianthus : said...

@ akufobia..
Selamat hari ibu juga..sayangi mereka sementara masih ada di dunia.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails