TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, May 12, 2010

Home » , , , » [Motivasi] Aku bukan problogger...

[Motivasi] Aku bukan problogger...

Blog-blog di Malaysia semakin berkembang pesat. Tak kiralah samada kita berblogging untuk diri sendiri ataupun menyediakan informasi mahupun berkongsi pendapat dengan pembaca blog di luar sana. Tak kisahlah samada kita berblog menggunakan platform Blogspot ataupun Wordpress, berbayar ataupun percuma, bagi aku isi kandungan blog yang penting. Setuju angkat tangan..hehe..

Bergelar seorang problogger (professional blogger) bagi aku, bukanlah perkara yang boleh dikecapi dalam masa yang singkat. Ianya memerlukan idea yang original, penulisan yang merangsanag minda dan memberi sesuatu yang boleh dipelajari oleh pembaca blog. Aku melihat seorang problogger sebagai ...


1. Seorang yang mempunyai komunikasi yang baik dengan peminat dan pembaca blognya.
- Problogger bukan saja bijak melontarkan pendapat melalui penulisan blognya, tetapi juga bijak beramah-mesra dengan pengunjung blog. Jadi tidak hairanlah pembaca yang meminati gaya bahasa penulis blog akan berkunjung lagi dan lagi untuk membaca entri terbaru dalam blog problogger ini walaupun entri dalam blognya hanya menceritakan tentang aktiviti hariannya. Contohnya, entri hari ini bertajuk, "Ayam KFC ku tak sedap.." tapi komen yang diterima bukan main banyak lagi. Tak percaya boleh tengok blog Redmummy.

2. Seorang yang peka.
- Problogger tidak mengehadkan pemikirannya pada skop tertentu saja tapi pemikirannya melangkaui seantero dunia. Maksudnya, skop penulisannya tidak terhad kepada penulisan dalam negara. Ini penting kerana adakalanya pembaca blog suka mendapat informasi yang diceritakan secara santai oleh blogger yang mereka minati. Percaya atau tidak, memori informasi sebegini akan kekal untuk jangka masa yang lama..

3. Seorang yang tahu halatujunya dalam berblogging.
- Problogger tahu bahawa dengan berblogging dia boleh menjana pendapatan pasif dan juga pendapatan aktif. Problogger juga tahu membezakan blog peribadi dan blog untuk menjana pendapatan. Ini adalah perkara yang paling aku kagumi kerana dengan halatuju sebegini la mereka dapat mengekalkan konsistensi mereka dalam menulis blog-blog mereka. 

4. Seorang yang mempunyai motivasi yang tinggi.
- Problogger sememangnya perlu mempunyai semangat yang kental sebelum mendapat gelaran "pro". Aku teringat kata-kata seorang jutawan internet, Dr Irfan Khari, segala-galanya bermula dengan motivasi. Dalam segala hal pun kita memerlukan motivasi. Dan aku percaya seorang problogger mempunyai daya tahan diri yang tinggi.

Setakat itu sajalah pendapat aku mengenai seorang problogger. Aku memang belum sampai ke tahap ini, mungkin ada di antara korang yang telah berjaya. Tahniah aku ucapkan. Blog Bluedianthus ini telahpun mula mendapat pendapatan sampingan dan itu merupakan suatu permulaan yang baik. Apapun, blogging itu indah...boleh tulis apa saja yang kita suka.. Semoga korang mendapat sedikit motivasi dalam berblogging. Aku bukan problogger, tapi blogger yang mengharapkan pembaca blog ini mendapat sedikit manfaat hasil dari penulisan yang tak seberapa ini...





Klik banner untuk mendapatkan Peta Minda 15 Langkah Menjadi Seorang Blogger Profesional


Artikel Berkaitan:

14 comments:

zulkbo said...

hai blue..
memang bagus entri ni
terima kasih kongsi
pengalaman anda yang dah pro..

Iza said...

huhu...tuan punya blog blh jd bakal pro ni.....

nuRuLain_zAiNi said...

huhu..
otai ni ek =)

Shamrin Mat Janih said...

Ya..betul untuk menjadi seorang pro, bukanlah dalam tempoh cepat, tp saya berpendapat blue akan bakal menjadi pro.

Apa2pun tq dengan perkongsian entri yang menarik.

nEo.. said...

Aku pun bukan problogger jugak :-)

~Bloggerina~ said...

me~amateurish

+akufobia+ said...

suka jadi biasabiasa je.supaya tak banyak sangat komitmen kat blog.haha.

: bluedianthus : said...

@ zulkbo..
Terima kasih...
Saya belum pro lagi macam rohaizad.com tu..
Apapun, saya akan berusaha ke arah itu..:)

: bluedianthus : said...

@ Iza..
Bakal pro ke Iza...amin...hehe..:)

: bluedianthus : said...

@ nuRuLain_zAiNi..
Huhu..saya bukan otai Nurul..)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin..
Wah, semoga harapan Shamrin itu betul-betul akan jadi kenyataan..:)
Terima kasih Shamrin..orang seperti Shamrin la yang sentiasa memberikan inspirasi kepada saya untuk terus berblog:)

: bluedianthus : said...

@ nEo..
Sama la kita nEo..:)

: bluedianthus : said...

@ Bloggerina...
same with me Bloggerina...:)

: bluedianthus : said...

@ akufobia..
Oh, low profile tapi berisi..good..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails