TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, May 20, 2010

Home » » Martha Stewart dan Twitter

Martha Stewart dan Twitter

Ya, Martha Stewart telah pun menjejakkan kaki ke bumi tercinta kita ini, Malaysia. Aku rasa kaum perempuan memang kenal dengan wanita paling berpengaruh di Amerika Syarikat dan Eropah ini. Martha Stewart akan mengadakan jelajahnya di Malaysia bermula 19 Mei hingga 26 Mei ini. "Madame, if you come here, I want to get your signature..huhu.." Inilah wanita berpengaruh yang aku nak jumpa selain daripada Oprah Winfrey dan Rachel Ray. Dapat bercakap dengan beliau melalui Skype pun jadilah. Besar kan angan-angan aku ni, hehe... Apapun, terima kasih Martha Stewart kerana sudi datang bertandang ke Malaysia selama 5 hari ini.


Martha Stewart mempunyai lebih daripada 2 juta peminat di seluruh dunia ini memang obses dengan jaringan sosial yang comel iaitu Twitter. Segala aktivitinya yang berlaku di Malaysia akan dikemaskini melalui akaun Twitternya. Sememangnya Twitter sangat relevan untuk mereka yang suka melancong macam ikon popular dan berpengaruh seperti Martha ini. Kebaikannya? Tentunya Malaysia akan mendapat perhatian daripada jutaan peminat setia Martha Stewart. Ya la kan, namanya saja suka cukup berpengaruh untuk mempengaruhi set pemikiran minda masyarakat. Harap-harap selepas ini industri pelancongan akan semakin rancak la kan. Mudah-mudahan.

140 huruf yang boleh ditulis melalui Twitter sebenarnya membawa maksud yang sangat bermakna bagi individu tertentu lebih-lebih lagi bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan seseorang. Terima kasih kepada kewujudan Twitter di alam siber. Aku juga semakin obses dengan penggunaan Twitter untuk memberitahu perkembangan terbaru aku melalui telefon bimbit sahaja. Ada X, ada segalanya kata Celcom. ^_^  

p/s: Header blog Bluedianthus telah diskalakan kepada saiz yang lebih kecil. Kenapa? Saja je, hehe.. Taklah, untuk membolehkan ketiga-tiga iklan Nuffnang dapat dipaparkan dengan semaksimum mungkin. Ini juga sebenarnya penting untuk memberi kelebihan kepada iklan Nuffnang. Nasihat aku, jangan letak banyak sangat iklan dalam blog, Nuffnang kurang gemar nak bagi buffered campaigns kalau terlalu banyak iklan. Hari ini saja kesemua pelawat unik telah habis datang ke blog Bluedianthus ini. Jadi yang korang dapat nampak hanyalah:
Buffered campaigns hari ini dah habis.. :)
Artikel Sebelumnya: Ogawa, aku tak mampu...

7 comments:

Syafrizal said...

Semoga awak dapat berjumpa dengan idola awak :)

Fertigasi-Budiman said...

o...patutlah ada client yang minta aku translate perjanjian dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu untuk memberikan pelepasan kepadapihak Martha guna "property" mereka.

: bluedianthus : said...

@ Syafrizal..
terima kasih..ya, mudah-mudahan..:)

: bluedianthus : said...

@ Fertigasi-Budiman..
Oh, saudara ke yang tolong translate kan? Wah, bestnya...:)

snid73 said...

iye....saya pun tertanya-tanya kenapalah mereka ingin terjemahkan perjanjian itu kepada Bahasa Malaysia....rupa2nya, inilah sebabnya.

p/s Fertigasi-Budiman & snid73 is the same person.

nuriz said...

saya minat gak martha ni selalu tgk rancangan dia

qellissa said...

sy pown suka martha stewart, slalu layan talkshow dia..best giler.. coz byk freebies..nape lah malaysia xde talkshow cenggitu ek...huhuhu

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails