TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, May 27, 2010

Home » » Mari belajar peraturan "Golden Link"

Mari belajar peraturan "Golden Link"

Satu daripada cara utama Google memberikan PageRank adalah dengan jumlah backlink blog kita. Tapi banyak backlink tidak berguna sekiranya backlink itu tidak berkualiti. Yang paling penting adalah berapa banyak backlink yang berkaitan. Contohnya macam blog aku ni, niche blog aku adalah personal. Jadi backlink yang berguna adalah daripada blog yang berbentuk personal juga. Tapi kena ingatlah peraturan "Golden Link", lebih baik ada backlink daripada tidak ada langsung. Apapun, aku memang tidak akan menolak untuk memberikan link exchange sekiranya ada yang menjemput untuk saling bertukar link. Musuh jangan dicari kan..^_^


Melalui pembacaan aku, ada beberapa cara untuk mendapatkan backlink. Di sini aku senaraikan 5 sahaja:

1. Menghantar artikel ke direktori
- Terdapat banyak directori yang ada di alam siber ni, kita cuma perlu taipkan saja dalam enjin carian Google dan semuanya akan terpapar di skrin laptop ataupun desktop kita. Tapi yang paling penting ialah, kita harus mengambil perhatian untuk direktori yang berada pada kedudukan 10 teratas. Tapi, kena lah pastikan artikel yang kita tulis itu juga berkualiti, kalau tidak kita terpaksa menulis artikel yang lain dan ini membuang masa kita. Menghantar artikel ke direktori juga dianggap sebagai 90% strategi untuk mendapatkan backlink. Jadi jangan anggap remeh perkara ini.

2. Menghantar Direktori 
- Cara ini yang belum aku terokai. Sesuatu yang menarik untuk dipelajari, terutamanya bagi mereka yang suka bermain dengan SEO (pendapat aku je ni..). Servis penghantaran direktori ini dilakukan sekali dengan beratus-ratus IP unik akan diindekskan ke laman weblog kita. Menarik kan.

3. Mencipta video
- Buat sekurang-kurangnya 1 video untuk blog kita. Mungkin boleh guna perisian seperti Camtasia ataupun video sebenar. Kemudian letakkan URL blog kita di bawah video tersebut. Paling penting, letakkan URL di bahagian "description" sebelum proses upload. Jadi pelawat akan mudah melihat URL blog kita. Ini juga akan memberitahu search engine bahawa blog kita penting. Video tersebut boleh diupload ke 30 laman upload video. Boleh cari kat Google. (Yang ini aku belum pernah buat juga, mungkin upload video lepas ni untuk blog aku yang lain)

4. Press Release
- Yang ini macam kita ni artis pula nak buat press release, hehe.. Cara ini memerlukan kita untuk menulis press release dengan menggunakan kata kunci (keyword) pada anchor text kita. Ini akan mewujudkan satu lagi set alamat IP yang unik yang menjadi backlink blog kita. Kena ingat ya, PR bukan sahaja untuk PageRank tetapi juga untuk Press Release..kena alert kat sini.. :)

5. Memberi komen pada blog yang niche
- Sertailah ruangan komen pada blog yang berkaitan dengan niche kita. Kalau personal, carilah blog yang personal. Kalau macam kat Malaysia ni, banyak blog  adalah blog-blog peribadi (ini melalui pengalaman aku semasa aktiviti membaca blog dan juga blogwalking di blog-blog blogger lain). Jadi memberikan komen bukan lagi satu masalah besar bagi blogger di Malaysia. Yang paling penting baca entri mereka, dan berikan komen membina. Kalau tinggalkan mesej kat Chatbox saja, backlink memang tidak akan ada. Sekarang ni webmaster memang suka menerima komen. Macam aku, aku memang suka membaca komen yang diberikan dalam setiap entri aku.

Ok, rasanya itu sajalah yang aku sempat kongsikan pada hari ini. Mood kerja pun dah berkurangan, confirm. Sebab esok hari Wesak kan. Apapun, semoga korang gembira bercuti lama. Esok juga bermulanya cuti sekolah pertengahan tahun. Adik-adik sekalian, jangan nakal-nakal... :)


8 comments:

+akufobia+ said...

esok cuti.hari ni otak da cuti dulu.ngaa.selamat bercuti sekolah.

✿nenek moden✿ said...

tak faham la benda ni utk ape..

mp3albumscollection said...

nak dapat backlink yang berkualiti harus rajin beri komen pada blog yang do-follow. kedua bertukar link, cuma jangan tersalah bertukar link. ada link yang tidak memberi back link.

~Blabberina~ said...

tq for sharing..to other,leh gak baca my newbie tips naikkan traffic dkt
ALEXA RANKING-HOW I INCREASE IT

Mario said...

thanks w/pun tak faham sgt...cam ssh je nak buat...

Syafrizal said...

oleh itu komen la banyak2 dan pastikan blog itu Do Follow..

shameel Iskandar said...

info yg menarik. Trima kasih sudi share

caliph shuriken said...

nice sharing.. x smpat nk explore abis ilmu ni ^^

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails