TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, May 23, 2010

Home » » Kreativiti, sesuatu yang boleh dipelajari..

Kreativiti, sesuatu yang boleh dipelajari..

Kreativiti, sebenarnya setiap daripada kita mempunyai daya kreatif dalam diri kita. Cuma kita hanya perlu berani belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Hari ini kita bersantai-santai ya. Kita akan sama-sama merehatkan mata dengan melihat set-set origami yang telah aku dan kawan-kawan aku buat. Tak adalah kita asyik membaca sahaja kan. Kadangkala kita memerlukan sesuatu untuk memberi sedikit kelegaan pada retina mata kita. Huh, ayat formal ni, hehe.. Apapun, lari dari aktivti yang biasa merangsang kedua-dua otak sebelah kanan dan kiri. Jangan sia-siakan otak yang diberikan Tuhan. Okies, jom tengok apa-apa yang ada. ^_^


Bunga sakura ni nampak simple kan, tapi sebenarnya kalau tersalah gunting memang jenuh nak buat balik

Ini adalah gabungan bunga sakura dan bunga tulip. Macam-macam warna yang ada.


Ini adalah bekas hadiah. Bunga ros kat atas kotak tu susah juga nak buat. Huhu..


Benda ni paling susah nak buat. Buat model rumah. Tapi tak apa, tekun tangga kejayaan.

Model rumah pertama dah siap, comel je kan. Mesti budak-budak suka main ni.

2 model rumah yang dinamakan Millenium Garden, hoho..

Ini namanya beg tangan bertali leher, hehe..


Ini bukan origami, ini adalah kek khas untuk kami lepas menyiapkan semua kerja-kerja origami selama 2 jam. Kalau dapat buat origami sebenar seperti ini kan bagus. :)

Sebenarnya, semua origami ini untuk kanak-kanak yang berada di sebelah pedalaman (bahagian Katalirus dan Salong, Sabah). Dua minggu lagi kumpulan kaunselor untuk membimbing kanak-kanak di pedalaman ini dari segi pembelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Semoga misi kali ini akan berjaya. Mudah-mudahan..

6 comments:

nabil_potter said...

kunjungan malam :)

miss hav0c said...

wah begitu kreatifkah anda? cgratss

Hafiz Ismi said...

Wah!! kreatifnya!!

jaya jr said...

dulu kecik2 pandai jugak buat satu sua origami..
da lame x buat lupe abis..
tp bluedianthus kreatif..huhu

Mario said...

tpi kdg2 bende ni semulajadi...bukan bole bljr2...siyes...hanya yg berseni mcm u je yg bole buat...klu dah takde seni tu mcm i...kih3 mmg tak jadi punya...wakaka

Syafrizal said...

kreativiti itu menghasilkan sesuatu yang kita tidak dijangka

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails