TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, May 4, 2010

Home » , , , » Komisyen diterima...

Komisyen diterima...

Hari ni cuaca hujan dan sejuk di Kota Kinabalu.. Rasa nak balik dan tidur je tapi tugas harus dilaksanakan dengan sempurna. Malam nanti aku ada latihan koir. Malam ni balik lambat sikit, jadi lambat jugalah aku memulakan aktiviti blogwalking aku. Kepada mereka yang bercadang nak jalan-jalan malam nanti, sila berhati-hati di jalan raya ya.


Mungkin tempat korang juga sekarang ni tengah hujan dan bercuaca lembap. Jadi sila amalkan juga sikap berbudi bahasa semasa di jalan raya. Semoga korang selamat pergi dan selamat sampai ke rumah masing-masing. Tak boleh juga kalau kita je yang hati-hati tapi orang lain tak hati-hati kan. Jadi, kunci utama, sama-sama bertolak ansur... ^_^



Entri ini sedang ditulis semasa aku sedang menunggu kedua orang adik aku bersiap-siap. Biasalah, mereka ni mesti nak habiskan dulu drama Cina kegemaran mereka yang bermula jam 6petang tadi. Aku ada juga tengok-tengok sikit, itupun kalau aku awal pulang dari kampus. Tapi tak tengok betul-betul la, jadi pemahaman aku tentang jalan cerita tu tersekat-sekat. Tapi, yang aku rasa sinopsis dan plot cerita memang menarik. Gaya filem itu diambil pun seperti drama Korea. Yang ada tengok drama tu tau la kan.

Syukur. Itulah yang mampu aku ucapkan bila rezeki diberikan. Sabtu lalu, sewaktu aku berada di kampung dan beramah mesra dengan nenek kesayangan aku, komisyen affiliate aku di WangCyber telah dikreditkan ke dalam akaun Maybank aku. Walaupun tak banyak, aku bersyukur juga. Kita ni mesti selalu tahu bersyukur. Kalau tidak, Tuhan akan tarik balik rezeki tu. Ini merupakan hasil pertama komisyen aku di forum tersebut, sudah semestinya aku teruja. Aku tau ramai antara korang yang mungkin sudah lama mendapat komisyen yang lumayan berbanding dengan komisyen aku ini. Tahniah aku ucapkan, dan semoga korang terus berjaya ya. Apapun, satu perkara yang menarik mengenai komisyen ini ialah pelanggan yang membeli melalui link affiliate aku ini menghubungi aku sendiri melalui Private Message. Aku tak ada pun promosikan link aku tu. Inilah namanya rezeki kan. Syukur.
RM38.80 yang bermakna

Sekian dulu untuk kali ini, jangan lupa temujanji kita esok..haha.. Gurau je, hidup ini tak bolehlah flat je..(bukan rumah flat tu tau..), kadang-kadang hidup ini memerlukan suatu kelainan. Kelainan yang baik la kan, bukan yang mendatangkan kesan negatif kepada diri kita sendiri dan juga orang lain.

Artikel Sebelumnya: Hari isnin di alam siber...

10 comments:

zulkbo said...

Hello Biru
selamat berkoir

Shamrin Mat Janih said...

KK cuaca xtentu, bg penunggang moto mcm aku...da kebal dgn hujan. hehehe.

Aminjohar said...

Hujan sekejap2x kat sini.. :-)

Simple entri kali ini.. Owh awk dapat komisen dari WC.. :-)

Rezeki. duit juga tu. bersyukur sangat. :-)

Tingkatkan usaha lagi jom jalan2x cari blog :p.

tehr said...

kelainan...

kerana itu juga manusia dicipta dengan berbagai bangsa dan warna

...setuju sangat dengan pendapat awak

: bluedianthus : said...

@ zulkbo..
Terima kasih zulkbo..:)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin..
Wah, kalau hujan tu berhenti la di bus stop nanti sakit pula kalau masih teruskan perjalanan...:)

: bluedianthus : said...

@ Aminjohar...
Oh..baru-baru ni banjir kat Perak kan...memang musim hujan sekarang ni.

Yup, semakin simple entri yang ada sekarang ni. Kurang sedikit komitmen nak berblogging. Aktiviti blogwalking pun hanya sejam lebih je dalam sehari..:)

Yup, dapat komisyen. ..bersyukur sangat ni..Yup, jom sama-sama berusaha...:)

: bluedianthus : said...

@ tehr...
Betul tu...setiap manusia itu berbeza..:) Dan itu yang membuatkan negara kita unik..

jaya jr said...

wah,dapat komisen..
bes2

: bluedianthus : said...

@ jaya jr..
yup..best dan teruja..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails