TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, May 6, 2010

Home » , , , » Kita buat, kita dapat....

Kita buat, kita dapat....



Aku bersyukur pada hari ini aku masih mampu menarik nafas yang dipinjamkan Tuhan. Aku bersyukur juga kerana masih berada di dalam keadaan yang sihat walafiat. Aku harapkan agar korang juga berada dalam keadaa yang sama. Hari khamis, masa ini dikatakan orang sebagai hari produktiviti menurun. Tapi itu bukannya alasan kita untuk tidak memberikan tumpuan semasa bekerja. Semua keadaan dapat kita atasi menggunakan minda yang telah kita setkan sendiri di dalam otak kita. Kadang-kadang, kita juga harus memaksa diri sendiri untuk berdaya saing dan berfikir melangkaui kemampuan diri kita sendiri. Mudah-mudahan.. ^_^

Untuk pengetahuan, kelmarin aku telah menonton filem Iron Man 2. Aku bagi hanya 2 bintang untuk filem ini. Masa tayangan selama 2 jam sebenarnya boleh disingkatkan lagi. Plot cerita sungguh kelam kabut dan nampak sangat tidak ada matlamat jelas. Perasaan selepas menonton... Kecewa! Aksi pertarungan yang aku harapkan tidak seperti yang aku bayangkan semasa aku menonton trailer filem ini. Selalunya, yang kedua akan lebih baik daripada yang sebelumnya. Tapi yang ini tidak. Okies, ini hanya pendapat peribadi aku saja, tidak menyokong dan mengkrtitk tanpa usul periksa. Apapun, dari segi pengajaran, teknologi juga boleh membawa kebaikan dan keburukan. Kalau digunakan di jalan yang baik, baiklah jadinya. Kalau jahat, jahatlah jadinya. Jadi gunakan teknologi sebaik-baiknya. Sebagai contoh, kita yang jadi blogger ni, teknologi Internet dan blog yang ada jadikannya ke arah kebaikan. Supaya suatu hari nanti bila kita dah tak ada di dunia ni, hasil karya dan artikel yang kita tulis menjadi suatu maklumat yang berguna. 

Kita buat kita dapat, aku tulis blog aku dapat nampak apa perkembangan blog aku ni. Mula-mula berblog nampak macam main-main ja. Tapi semakin lama berblog, semakin seronok rasanya berkongsi cerita. Mungkin korang juga begitu. Kalau tidak ada idea menulis, bacalah blog orang lain, kemudian tulislah blog korang menggunakan gaya bahasa yang korang sendiri mahukan. Opps..gaya bahasa maksud aku bukannya menggunakan gaya bahasa seperti yang digunakan dalam SMS ya. Kalau aku baca perkataan pertama dah guna bahasa SMS, aku confirm la akan baca blog yang lain terus. Mungkin itu identiti mereka dan cara mereka meluahkan hasil kerja mereka. Tapi maaf, aku memang tak boleh baca tulisan bahasa SMS. Nanti pembacaan pun akan jadi lambat. Tapi satu yang aku kagum, macam mana mereka ni boleh menulis menggunakan singkatan dengan mudah melalui papan kekunci. Ini mesti dah pandai menaip dengan laju ni.

Apapun, berblogging la dengan gembira. Mungkin itu ekspresi korang untuk blog korang tu. Aku kadang-kadang baca juga. Yala, bukan kita kena paksa pun baca blog orang lain kan. Kalau suka baca la, kalau tak suka jangan la memburuk-burukkan blog orang lain pula. Cuma yang penting berikan teguran ikhlas. Suka hati mereka la nak terima atau tidak. Adil dan saksama kan.. Blogging itu indah..hehe.. Oh ya, aku saja nak berkongsi dengan korang, aku baru saja menerima pembayaran untuk artikel yang aku tulis kepada seorang pelanggan aku. Tapi ini hanya sebahagian saja, lepas ni ada lagi tapi artikel ini masih dalam pembikinan (macam buat filem je kan..haha..). Be grateful, kita ni kena selalu bersyukur. Kalau tak, bukan saja Tuhan ambil balik apa yang diberi, mungkin tak bagi apa-apa langsung. Setuju angkat tangan..hehe.. Oh, ada aku nampak korang angkat tangan tu.. ^_^
RM40.00 yang bermakna..
p/s: Takziah aku ucapkan kepada keluarga blogger yang baru-baru ini terlibat dengan kemalangan maut. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dunia blogger kehilangan seorang blogger. Yang datang pasti akan pergi...yang pergi tak kembali. Hanya doa dapat diberikan kepada yang telah pergi...


Artikel Berkaitan:

6 comments:

zulkbo said...

ironman 2..
nasib baik Warnie
dah tengok dan komen
tidak nanti rugi jer
saya tengok..buat filem tu
pasang siap kut? tu yang
jadi hambar jer..terima
kasih bagitau..

Shamrin Mat Janih said...

ya..khamis mcm da jd slow down terutamanya buat mrk yg bekerja mcm aku. hehehe.
tp ari khamis ada review aku dlm ronta2 blog2 org lain.
Ari tu nk tgk iron man 2 ni, tp aku ada terbaca ttg iron man 2 ni xbest sgt. jd aku tak tersempat nak pergi tengok. hehehe.

hishamuddin said...

ironman 2 adalah kesinambungan movie pertama.tapi kalau lihat dibahagian akhir filem incredible hulk, watak tony stark muncul dihujung filem mengatakan ada satu team yang boleh tewaskan hulk.Di akhir movie ironman 2, agent shield pergi kat new mexico menjumpai hammer mjonir..menunjukkan movie Thor yang akan datang.dan movie the avenger pada 2012.so,movie ironman 2 ada satu cebisan puzzle bagi comic otaku sperti aku????

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Ya, tapi itu cuma pendapat saya saja lepas menonton filem tu. Mungkin itulah sebab jadi hambar..Tapi janganlah sebab saya bagi komen zulkbo tak tengok filem pula tu ye...:)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin...
Heheh..mood nak berhujung minggu akan menjelma 2 hari lagi kan..hehe.. Oh, ada review? Nanti ada masa saya baca dan komen2..:) Hmm..kalau macam tu bagus simpan duit tu untuk tengok Robin Hood la..hehe..:)

: bluedianthus : said...

@ hishamuddin..
Wah, hisham ni memang peminat setia filem aksi macam ni kan...:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails