TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, May 3, 2010

Home » , , , » Hari Isnin di alam siber

Hari Isnin di alam siber

Isnin yang pertama dalam bulan Mei. Bulan Mei ini ada banyak lagi kisah-kisah menarik yang aku harapkan dapat berkongsi dengan korang semua, mudah-mudahan.Macam mana dengan korang pada hari ini? Semoga sihat-sihat saja di samping kerja korang ya. Kita ni dah memang ditakdirkan hidup di dunia ini untuk bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Seperti biasa, para Nuffnangers akan memeriksa akaun Nuffnang pada hari yang dulunya tak best je rasa, hehe... Aku harapkan semoga earning korang naik dan terus naik lagi. Walaupun naik sikit-sikit, naik juga tu kan. Hidup untuk bersyukur.. :)

Tiada jalan pintas, di Malaysia ni kalau nak dapatkan earning yang banyak kena guna cara yang digunakan oleh Encik Aie a.k.a Darkbatman ataupun Encik Remedy yang sekarang ni tengah bersaing untuk mengejar trafik. Bukan seperti di luar negara, trafik  bukan menjadi satu isu yang besar kalau blog tersebut berkualiti dari segi isi kandungan. Ada masa aku akan belajar juga teknik mereka berdua ni. Sekarang ni tak fokus sangat pada teknik. Masih lagi guna teknik mesra-blogger dengan menyapa tuan rumah dan membaca entri dan memberi komen di blog yang aku lawati.

Entri pilihan aku pada minggu lepas adalah entri yang bertajuk "Popular Blogger Di Hari Khamis Ku". Sebab apa aku minat entri ini? Adakah kerana nama Bluedianthus disebut berulang kali? Oh tidak, sebenarnya kerana entri yang ditulis begitu telus dan ikhlas. Jangan tak tau, melalui gaya penulisan seseorang kita boleh mengetahui samada seseorang itu ikhlas dalam berblogging. Walaupun kadang-kadang ianya tidak boleh diterima secara tepat tapi masih boleh digunapakai dalam sesetengah keadaaan. Kalau nak tau lebih lanjut boleh la baca entri tersebut ok.

Hari Sabtu dan Ahad adalah hari di mana aku nak online sejam pun dah malas, hehe..Jadi, aktiviti  menjenguk blog lain tergendala seketika. Mengenai perkembangan blog Bluedianthus bersama Nuffnang, satu kempen telah menjadi metered earning, 3 masih lagi berstatus buffered. Bonus CTR masih kurang mungkin disebabkan trafik blog ini yang sentiasa mengalami perubahan terutama pada hujung minggu di mana hanya terdapat 80-90++ pelawat unik. Apapun, aku tak kisah juga, sebab ini menunjukkan korang masih lagi mementingkan komunikasi di alam nyata. Hidup biar seimbang kan.
1 down, 3 more to go..

 Cashout pertama, nanti kita nantikan bersama cek pertama yang bermakna ini okies

Aku juga telah cashout earning pertama Nuffnang aku, mungkin hujung bulan ni baru akan dapat cek tu. Apapun, sama-sama la kita nantikan cek tu ya. Apa-apa perkembangan nanti aku update dalam blog ini. Selamat hari Isnin, dan mulakan hari ini dengan senyuman paling manis. Bersedekah tu kadang-kadang tak perlukan duit, sebab senyuman itu kan salah satu sedekah juga. Lagipun, senyum tu buat kita awet muda. Jom buat senaman muka sambil bersedekah. Smile always.. ^_^


Artikel Sebelumnya: Santai hujung minggu...

Artikel Berkaitan:

7 comments:

zulkbo said...

salam..
moga nda terus sukses
dalam ber blog ni Blue..
Nuffnang..?
ada rezeki adalah wangnya..
he he..

Shamrin Mat Janih said...

Semoga terus berjaya dlm dunia blogger anda. we support you...

Kulanz Salleh said...

Mesti tiap Isnin tengok akaun Nuffnang ni kan? hehe..
Sekarang ni saya mmg tak boleh nak kejar traffic.. jarang blogging akhir-akhir ni..

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Terima kasih zulkbo...Betul tu, ada rezeki adalah wangnya. Cuma kadang-kadang kita lupa, rezeki yang kita dapat tak semestinya dalam bentuk wang ringgit...:)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin...
Terima kasih...saya pun support Shamrin juga dalam berblogging ni. :)

: bluedianthus : said...

@ Kulanz..
Oh, mesti tu Kulanz, aktiviti wajib di pagi Isnin. Lepas tu nak buat kajian pasal keywords lagi...trafik lagi.. dan nak kenal blogger yang selalu datang lawat sini..:)

Takpe, blog Kulanz tu dah gah di pasaran...hehe.. Saya ni masih bertatih lagi dalam dunia blogging:)

REMEDY said...

terima kasihlah awak ingat dekat remedy...nanti remedy ajarkan teknik RDS ni...Ingat RDS, Ingat Remedy..jgn lupa dapatkan E_Book RDS-Pakej 3 kali sedap ya...Thank fror support

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails