TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, May 13, 2010

Home » , , » Hari Belia 2010 dan suara harapan Bluedianthus

Hari Belia 2010 dan suara harapan Bluedianthus


Rata-rata blogger di Malaysia merupakan golongan belia dan ini merupakan suatu perkembangan yang sihat. Taklah belia di Malaysia ini dianggap menggunakan internet hanya sekadar suka-suka kan. Sekurang-kurangnya dapat juga menambah sedikit pendapatan sampingan melalui iklan yang diletakkan di dalam blog.


Sempena Hari Belia ini juga, aku ingin menitipkan suara harapan aku kepada kerajaan untuk golongan blogger muda di negara kita yang tercinta ini.

Harapan 1: Aku harapkan agar kerajaan sedar kewujudan blog bukanlah suatu ancaman kepada kerajaan. Walaupun terdapat beberapa orang daripada blogger di Malaysia yang telah melampaui kebebasan bersuara, dengan blog sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan yang boleh diperolehi. Melalui blog kita dapat memperbanyak rakan di alam siber dan juga berkongsi-kongsi idea. Kadangkala blogger juga akan jadi lebih peka sekiranya kerajaan melibatkan blogger dalam aktiviti belia dan kemasyarakatan.Sesekali apa salahnya para blogger turun padang untuk menyokong usaha negara untuk memacu belia ke arah hidup yang lebih cemerlang.

Harapan 2: Golongan blogger muda juga mempunyai kehidupan berbeza dan mempunyai latar belakang yang berlainan. Namun, kesemuanya telah disatukan dalam satu medium iaitu blog. Kuasa blog dalam merapatkan jurang dan jarak antara blogger memang tidak dapat dinafikan. Apatah lagi kalau blogger itu mempunyai blog yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Ini secara tidak langsung akan mempromosikan negara Malaysia secara halus kepada negara luar.

Harapan 3: Ruang sebagai blogger sememangnya terbuka luas dalam usaha untuk menjana pendapatan sampingan. Kerajaan juga boleh meminta kerjasama untuk mempromosikan kesenian dan kebudayaan dalam blog. Contohnya dengan mengadakan pertandingan deklamasi sajak ataupun cerpen ringkas sempena Hari Kemerdekaan khas untuk para blogger di Malaysia. Ini bukan saja suatu usaha untuk menyemai kembali semangat patriotik dalam kalangan belia tetapi juga melatih otak dan minda para blogger untuk menjadi kreatif dalam menghasilkan karya yang berkualiti.

Usaha ITYM amat dihargai oleh blogger belia..:)

Itulah tiga suara harapan aku kepada kerajaan untuk blogger belia di Malaysia. Semoga ianya dapat memberikan sedikit sumber inspirasi kepada semua. Terima kasih kepada
Information Technology Youth Movement (ITYM) kerana telah mengadakan Contest Youth Blog bagi para blogger pertama seumpamanya di Malaysia ini. Syabas aku ucapkan kerana dapat memberikan semangat dan inspirasi kepada para blogger seperti kami ini. Blogger sememangnya dapat menyumbang sesuatu kepada negara dan masyarakat, asal saja dengan cara yang betul.

p/s: 1 Belia 1 Malaysia, Blogger Belia memang ceria.. :)

Artikel Sebelumnya:
[Motivasi] Aku bukan problogger...

10 comments:

zulkbo said...

hai Blue..
tahniah kerana bersama menyertai
pertandingan ini..moga kita ketemu di sana..SALAM BELIA DARI BELIA..
***saya ni dah penghujung belia..hu hu..

Loyar Lawa said...

waohhhhhh.... gud luck.... hdup belia...muahahaha

neyra shazeyra said...

gila hebat entry :P

Seri said...

hampir 80% bloger di malaysia di wakili oleh belia. mungkin sudah sampai waktunya kerajaan mengambil inisiatif tentang permasalahan internet yang sering kita hadapi. selain itu amat di harap pihak kerajaan dapat mengurangkan sewa bulanan yang ketika ini dikira terlalu tinggi.

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Terima kasih, ini pun sebab dahliajournal.blogspot.com yang bagitau.. :)
Salam belia juga untuk zulkbo..
Takpe, yang penting hati masih belia..hehe

: bluedianthus : said...

@ Loyar Lawa..
Thanks..yup hidup belia..:)

: bluedianthus : said...

@ neyra shazeyra...
Hebat ke? Terima kasih...:)

: bluedianthus : said...

@ Seri..
Yup, ini suatu fakta dan bukannya alta... Kos perlu dikurangkan supaya golongan belia mampu untuk memiliki akses ke internet dengan mudah..:)

neyra shazeyra said...

hebat la tuh ahhahaa

: bluedianthus : said...

@ neyra shazeyra..
Hehe...terima kasih lagi eyra..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails