TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, May 10, 2010

Home » , , » Empat hari lagi nak hari Jumaat...

Empat hari lagi nak hari Jumaat...

"Bila la nak hari Jumaat ni, aku nak cuti dan berehat-rehat la di hujung minggu. Nak tengok kartun anime kegemaran aku, nak main game PS...main piano, main sorok-sorok, dan seterusnya..dan seterusnya..."

Dulu waktu aku masih di sekolah rendah selalu fikir benda ni. Aku rasa masa tu berlalu terlalu lambat. Tapi sekarang tidak lagi, sekarang ni macam nak hentikan masa pun ada sebab takut tua...hehe.. Apa nak buat, itu la kitaran dunia kan. Mungkin hari Isnin ini adalah hari yang baik untuk penjawat awam sebab gaji dinaikkan. Apapun, semoga korang terus berjimat cermat untuk masa depan yang gemilang, cemerlang dan terbilang ya. Apalagi, lepas ni buat kerja tu dengan bersungguh-sungguh ok.. :)

Tidak lupa aku untuk mengucapkan Selamat Hari Bomba kepada mereka yang bekerja sebagai ahli bomba. Beberapa bulan lepas banyak betul kes kebakaran yang dilaporkan. Tugas mereka ini memang suatu kerja yang mulia dan patut kita hargai sumbangan mereka. Jadi, nombor 999 dan juga 994 bukan nombor yang boleh dibuat main dan ini adalah kesalahan jenayah kalau membuat panggilan palsu. Tugas sebagai bomba ini memang susah kerana mereka sentiasa berada dalam mood "standby" setiap masa. Janganlah merumitkan lagi kerja mereka.

Entri pilihan aku pada minggu lepas ialah entri daripada Blog Hujan Batu yang bertajuk "Jangan berhenti mencuba, jangan putus asa". Entri ini bukan berbentuk teks tetapi berbentuk video yang sangat-sangat memberi inspirasi buat aku. Ada masa korang boleh lawat blog ini. ^_^

Hari ini tugas aku sebagai "ibu" dan "bapa" kepada adik bongsu aku berjalan dengan lancar tapi..ada tapinya.. hehe.. Sekolah adik aku banjir, jadi dia cuti hari ini. Tadi baru balik dan sekarang ni dia sambung balik tidur. Jalan di Tamparuli, Tuaran, dan Tebobon juga banjir. Ini semua aku tau melalui "satelit" rahsia aku, hehe.. Jadi, kereta kancil aku yang memang dah kecil tu takkan mampu meredah banjir. Dengan rasminya aku mengumumkan tarikh raya puasa, hehe..jangan marah haa.. Dengan rasminya aku bercuti hari ini. Boleh la aku update blog aku lebih awal hari ini.

Okies, seperti biasa aku akan buka akaun Nuffnang aku setiap hari Isnin. Dulu aku hari-hari buka, sekarang ni tak lagi. Seminggu sekali baru buka. Barulah excited sikit nak tunggu hari Isnin yang seterusnya kan. Ok, blog Bluedianthus ini telah mendapat 2 lagi buffered ads yang baru dan 2 lagi telah menjadi metered earning. Ini pun aku baru perasan lepas balik dari kampung sabtu malam minggu lepas.
Buffered campaign ke 9: Digi Weave Launch LB
Buffered campaign ke 10: Ogawa Parents Day LB
2 lagi telah menjadi metered earnings

Semoga earning korang juga bertambah dan terus bertambah. Nanti boleh la belanja aku aiskrim Drumstik. :) 
p/s: Piala Thomas..menang free semalam kan.  :-)
p/p/s: Adei, Manchester United kalah EPL tahun ni.. :-(


Artikel Berkaitan:

12 comments:

tehr said...

sis, kenapa mesti buka akaun nuffnang hari isnin?

...saya budak baru belajar

Alynn Notnot said...

serious, aku taktau pun wujud nya hari bomba =.="

zulkbo said...

TAHNIAH
dapat buffer earning nuffnang
saya sampai sekarang pun belum dapat
he he..

+akufobia+ said...

masa tak tunggu kita.kita mengejar masa.adakah sudah bersedia.DIA menunggu kita.

Shamrin Mat Janih said...

tajuk artikel ni.....best la....empat hari lagi nak hari jumaat..

: bluedianthus : said...

@ tehr..
Sebenarnya, boleh je buka akaun Nuffnang tu tiap-tiap hari..Saya cuma nak biasakan diri seminggu sekali periksa akaun Nuffnang.. :)

: bluedianthus : said...

@ Alynn Notnot...
Tak apa..hari ni dah tau kan..:)

: bluedianthus : said...

@ zulkbo..
Terima kasih..
Takpa, tak lama lagi dapat la tu, sabar dan berblogging je macam biasa..:)

: bluedianthus : said...

@ akufobia..
Betul tu...masa tu takkan menunggu kita..

: bluedianthus : said...

@ Shamrin...
Hehe..tiba-tiba saja idea ni datang..:)

hishamuddin said...

emm.tua erti sudah banyak kebaikan yang dilakukan.dalam kedewasaan ini masanya untuk mencari arah tuju hidup...terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan...oh lupa..satu badan NGO Yayasan salam adalah satu starting point yang baik...

SYMP

: bluedianthus : said...

@ hishamuddin..
Ya, semoga banyak lagi kebaikan yang dapat dilakukan seiring dengan usia yang meningkat..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails