TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, May 29, 2010

Home » » Di mana kan kucari ganti...

Di mana kan kucari ganti...

Ding Dong...jam sudah menunjukkan 12 tengah malam. Genaplah 37 tahun pemergian allahyarham Tan Sri P Ramlee. Namun kenangannya masih lagi bersama kita, masih segar dengan segala "buah tangan" yang ditinggalkannya untuk kita. Filem-filemnya masih malar segar a.k.a "basah" di minda dan juga dalam ruang memori. Aku masih ingat, sewaktu aku berada di tingkatan 3, aku mengambil tajuk tokoh sebagai kajian tempatan aku. Aku membeli semua buku-buku yang berkaitan dengan P. Ramlee untuk mencari fakta dan juga latarbelakang kisah hidupnya. 


Aku mendapat markah penuh untuk kajian tempatan aku itu. Memang sesuatu yang menggembirakan aku. Itu bukan kisah utama cuma penyedap entri ini saja ya. :) Tapi yang paling aku ingat adalah kerana aku dapat mengenali seniman agung ini dengan lebih dekat. Pemikirannya melampaui zamannya. Hari ini juga adalah Hari Seniman yang disambut untuk kali keempat di Malaysia. Aku setuju dengan perkara ini. Macam la pendapat aku ni diambil kisah..hehe.. Apapun, satu yang aku kagum dengan filem-filem beliau ini. Filemnya mampu menyatukan semua kaum. Tak kiralah dari filemnya ataupun lagi soundtracknya, semuanya mampu mendekatkan masyarakat. Bahasa yang digunakan dalam lagu dan juga filem-filem beliau sangat puitis dan bersahaja. Hmmm...tak berani nak komen lebih-lebih sebab aku bukan siapa-siapa dalam bidang ini. 

p/s: Di mana, kan ku cari ganti?..

Artikel Sebelumnya: Apa salah Bluedianthus?

2 comments:

al-basri said...

ya, kita memang sangat mengkagumi seniman ini. kehebatan beliau tidak akan pernah luntur ditelan zaman...
dan saya juga meminati Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

semoga Tuhan merahmati mereka.

tehr said...

di mana kan kucari ganti?

"tak akan dapat dicari ganti lagi walau di mana2 sampai bila2 pun juga!"

penyanyi sekarang mendapat terlalu banyak publisiti - hasilnya tak sebanyak mana

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails