TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, May 21, 2010

Home » » Bunga bukan sebarang bunga...

Bunga bukan sebarang bunga...

Jumaat ini Bluedianthus sibuk dengan urusan utama yang perlu diuruskan. First thing first. Kekerapan menulis pada minggu ini hampir setiap hari. Komen-komen pula masih belum dibalas. Tapi jangan risau, tengahari (masa rehat) nanti aku akan cuba membalas semua komen yang ada. Terima kasih aku ucapkan kerana sudi memberikan pandangan dan komen yang membina kepada Bluedianthus untuk terus berkarya dan menghasilkan entri yang dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada para pembaca blog ini. Aku juga berterima kasih kepada para blogger yang menulis artikel yang bermanfaat untuk semua. Nantikan hari Isnin nanti entri siapa yang akan menjadi entri pilihan hati Bluedianthus, ^_^


Hari ini kita akan meyelongkar kebaikan bunga. Perempuan sinonim dikaitkan dengan bunga-bungaan. Kita juga sedia maklum, perkataan bunga ini selalu digunakan dalam berpantun, di dalam lirik lagu dan di dalam peribahasa ataupun bidalan pada zaman masyarakat lama. Untuk pengetahuan, pemilik Bluedianthus ini juga adalah sekuntum bunga...hehe.. Mummy aku memang suka menanam bunga. Sekarang ni halaman rumah dah  macam taman bunga. Oh ya, bunga kat atas tu bunga Blue Dianthus, cantik kan? 

Korang suka tak makan kuaci? Kuaci dari bunga matahari tu memang kaya dengan vitamin E. Vitamin E ini sememangnya antioksida yang baik untuk kecantikan dan menegangkan kulit kerana kemampuannya untuk meneutralkan radikal bebas dan memperbaiki sel-sel tisu kulit yang rosak. Selain daripada itu ia dapat mengurangkan penyakit asma dan mengurangkan kolesterol berlebihan dalam badan. Banyak juga kebaikan bunga matahari ini. Lepas ni jom sama-sama tanam bunga matahari, lepas tu ambil kuaci kat tengah-tengah bunga tu untuk makan. Nak kulit cantik punya fasal. Hehe..

Sebenarnya proses menanam bunga mengajar kita suatu perkara. Menanam bunga samalah seperti kita menabur kebaikan kepada sesama kita manusia. Menanam bunga sahaja tidak cukup untuk memberikan kesuburan kepada bunga tersebut. Ianya perlu dibaja, dijaga dengan rapi dari serangan serangga perosak dan juga perlu disiram dan dikenakan sinaran matahari yang secukupnya. Mengatakan sesuatu yang baik sahaja tidak cukup. Kebaikan itu haruslah disertai dengan perbuatan yang baik juga. Apa yang paling penting adalah perasaan ikhlas yang datang dari hati nurani kita untuk saling berbuat kebaikan. Benih kebaikan yang ditabur sebegini rupa akan menjadikan kita disenangi setiap orang. Orang yang menabur kebaikan adalah mereka yang sentiasa berusaha untuk memberi dan bukan sentiasa mengharapkan sesuatu akan diberikan terlebih dahulu. Hmmm..betul juga kan. Orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima.

Selamat berhujung minggu aku ucapkan untuk korang dan semoga hujung minggu ini korang dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Mungkin masa untuk bersama keluarga sangat kurang bagi mereka yang berkerja makan gaji, tapi itu tidak bermakna perasaan kekeluargaan itu harus diketepikan. Sayangilah keluarga anda, bersama kita hidup rukun dengan keluarga tersayang. Pesanan ikhlas dari Bluedianthus. ^_^

p/s: Minggu ini Bluedianthus tidak dapat balik ke kampung bersama keluarga kerana ada komitmen yang harus dilaksanakan di Kota Kinabalu. 

Artikel Sebelumnya: Martha Stewart dan Twitter

Artikel Berkaitan:

13 comments:

ardinihumaira said...

menanam bunga perlukan keikhlasan ^__^ baru bunga subur mekar mewangi di taman rumah seikhlas kita menjaganya.. ;)


p/s: suka sangat2 makan kuaci sambil berblog hehe

+akufobia+ said...

kecewa tanam orkid dulu semua jatuh sungai time tanah runtuh.sob.

Shamrin Mat Janih said...

Satu benda yg aku suka bila baca entri blue ialah pemilihan tajuk yang menarik.

Nak menanam bunga adalah perkara yang memerlukan minat jg. Aku minat dengan bunga ros, tapi hampeh tanam jak mati, last2 beli juga bunga ros kt kedai. hehehe

zulkbo said...

salam ziarah hari jumaat..
penghulu segala hari..
moga kita mendapat hikmahnya
dan di kurniakan kesihatan
yang baik.
cantiknya bunga..secantik
anda..la la la

Syafrizal said...

bunga roselle? banyak khasiat jugak tu hehe

: bluedianthus : said...

@ ardinihumaira..
Betul tu, hati pun kena ikhlas dan sayang dengan bunga yang kita tanam. Barulah bunga tu tumbuh dengan mekar dan cantik..:)

p/s: Hoho...dah tau apa kegemaran ardinihumaira semasa berblog..:)

: bluedianthus : said...

@ akufobia..
Adei, kesian bunga tu kan..Takpe, lepas ni tanam bunga kaktus senang nak jaga...:)

: bluedianthus : said...

@ Shamrin...
Ya, tajuk sememangnya perkara yang dilihat sebelum isi kandungannya dibaca. Saya gembira Shamrin tertarik dengan tajuk entri yang ada dalam blog ini.

Betul, menanam bunga juga memerlukan satu minat dan juga kesabaran. Wah, beli bunga ros untuk buah hati? Romantik..hehe..

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Semoga semua mendapat kelancaran dalam tugas seharian.. Oh, perempuan dan bunga ada satu persamaan, ia takkan cantik selama-lamanya...:)

: bluedianthus : said...

@ Syafrizal..
Bunga roselle? Yup, setiap bunga banyak khasiatnya...:)

tehr said...

bunga akan lebih segar bila kita berhubung dengannya - bukan sekadar menyiram dan membaja

Aminjohar said...

Bunga color biru. pure biru. susah nak jumpa nih... :-)

Bunga oh bunga.. hari ini, baru aja taksat tak sampai sejam y lalu AJ dapat tahu y bekas bunga lama sudah tumbuh mekar diseri dengan kumbang baru. Semoga bahagialah hendaknya. :-)

Cabaran baru AJ adalah untuk 100% melupakan si bunga itu dan fokus kepada kerjaya yang masih tak seberapa ini. Ada kerjaya, cerah masa depan.

Bila cerita pasal bunga nih teringat masa kecil2x umur 7 tahun AJ suka tanam pokok bunga di depan rumah. Rumah masa tu rumah sederet jer x cukup tanah pun.. Gerenti korang tak sukakan bunga ini... Belajar tanam pokok bunga tahi ayam. hehehe. :D Mudah tau nak tanam bunga ini dan AJ suka tengok ia membesar dan hampir setiap hari sehinggalah ia berbunga.. huhu kenangan2x....

:p

noor afzan said...

sebab itu bunga selalu dikaitka ndgn perempuan..=)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails