TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, May 15, 2010

Home » » Budi Bahasa, Budaya Terpuji

Budi Bahasa, Budaya Terpuji

Salam sejahtera buat semua pembaca blog aku pada hari Sabtu ini. Sewaktu korang sedang membaca entri ini aku sekarang berada di kampung bercuti selama 3 hari 2 malam. Semoga korang yang balik ke kampung halaman juga sentiasa berhati-hati semasa memandu ke destinasi yang ditujui.

Bercakap tentang budi bahasa ini, aku teringat satu entri daripada problogger saudara Rohaizad tentang Anak Derhaka. Untuk pengetahuan korang, aku tak tengok langsung video yang dimuatnaik dalam Youtube itu. Sebab aku memang tak kuat semangat untuk melihat video sebegitu. Aku ingatkan tidak ada lagi manusia bergelar anak memarahi ibu dan bapa ataupun memperlekehkan ibubapa mereka. Rupanya aku silap besar.....



Sungguh aku tidak meyangka, ada juga anak yang sanggup memarahi ibu sendiri di hadapan ramai orang. Kalau aku berada di dalam situasi tersebut, aku mungkin nekad untuk menegur perbuatan wanita yang tak sedar diuntung itu. Nasib baik wanita itu tidak termasuk dalam golongan bayi yang dibuang. Wanita tersebut sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang merasai nafas dunia yang penuh dengan suka-duka dan ranjau kehidupan yang tidak dapat kita jangkau di pemikiran kita.

Ini suatu mutiara kata yang seringkali kita dengar, dan seringkali kita alpa juga. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Menitiskan air mata seorang ibu, tak cium bau syurga. Sama juga dengan bapa kita. Kalau kasih saya di antara kedua ibubapa kita tidak wujud, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Berbudi bahasalah kita kepada kedua ibubapa kita. Percayalah dan yakinlah, hidup kita akan sentiasa diberkati. Walaupun sesukar mana perjalanan hidup kita, doa ibubapa la yang paling mujarab untuk anak-anaknya. 

Aku terkenang situasi mummy aku dulu sewaktu membesarkan kami lima adik-beradik. Aku tahu kepayahan untuk melahirkan anak, kerana mummy aku adalah seorang jururawat bahagian wad bersalin. Ibu kita sudahpun mengeluarkan airmata semasa bertarung nyawa melahirkan kita. Jangan biarkan ibu kita menangis sekali lagi kerana sikap tidak sedar diuntung kita. 

p/s: Hujung minggu ni apa kata bawa ibubapa berjalan-jalan. Ingat tujuan sebenar, nak bawa ibubapa jalan. Bukannya korang yang buat perancangan diri sendiri. Tanya mereka..apa salahnya membazirkan duit untuk ibubapa. Pengorbanan mereka menjaga kita takkan sama dengan nilai wang ringgit bertimbun-timbun yang kita ada.

Artikel Sebelumnya: Bluedianthus bercuti 3 hari...

Artikel Berkaitan:

4 comments:

Shamrin Mat Janih said...

Hehehe, ya..aku nak g balik kg ptg ni, lepas aku ronta2 alam maya ni, harap2 xhujan.

Aku dah tgk video kt rohaizad dot com, menyayat hati jg la. pada aku ibu tetap ibu, tak kisah apapun,kita mesti menghormati mereka (WAJIB).

(p/s: actually rasa demam ni, tp oleh kerana ibu aku ada kt kg sekarang ni, so aku nk balik kg jumpa ibu aku.

kotyerpun said...

rindu mak dan ayah...sayang mak dan ayah...memang x sanggup tengok diaorg nangis pasal kiter...x sanggup tengok diaorg kecewa...tp..macam mana kalau kita kena dengar cakap diaorg jer..macam mana dengan pendapat kita...kita kan makin membesar...cakap elok2 pun diaorg tetap nak betul jgk...

: bluedianthus : said...

@ Shamrin...
Wah, bagus Shamrin ni anak solehah..
Betul tu, ibu mesti dihargai.. Kalau mereka dah tak ada, menangis air mata darah pun tak guna..:)

: bluedianthus : said...

@ kotyerpun...
Ini adalah satu "barrier" yang wujud dalam dua generasi yang berbeza..Tapi kita kena ambil pendekatan yang halus dalam usaha memujuk dan mengambil hati ibubapa kita yang semakin tua akan semakin sensitif.. Mudah-mudahan mereka akan menerima idea dan buah fikiran kita.:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails