TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, May 17, 2010

Home » , , » Bluedianthus sudah habis bercuti..

Bluedianthus sudah habis bercuti..

Selamat pagi Malaysia, Bluedianthus kembali di alam siber, Bluedianthus kembali di alam blogging. Rasa sungguh bersemangat hari ini nak buat kerja. Maklumlah lama tak menghadap laptop dan komputer-komputer yang ada. Kelmarin merupakan Hari Guru dan juga merupakan perlawanan akhir Piala Thomas China menentang Indonesia. Tahniah aku ucapkan. Buat pasukan Malaysia ini bukan bererti kita akan gagal selama-lamanya. Ini adalah ruang untuk kita terus memperbaiki diri kita. Semoga semangat untuk merangkul piala Thomas tidak akan lebur. :)

Sebelum aku menulis entri pagi Isnin ini, aku telah mengambil kesempatan untuk membaca entri yang ada. Entri yang menjadi aku pada minggu lepas ialah blog 1001 Kisah yang bertajuk Selamat Hari Guru. Aku sungguh tergerak hati semasa membaca entri ini. Kelihatan sungguh pemilik blog ini sangat gembira dengan kenangan semasa bersekolah dulu. Ada masa korang boleh la membaca entri yang menarik ini. Memang masa persekolahan adalah yang paling manis aku rasa jika dibandingkan dengan belajar di pengajian tinggi. Mungkin suasana pembelajaran yang memaksa kita untuk berubah.


Okies, kita beralih kepada kisah Nuffnang. Buffered campaigns di blog Bluedianthus ini masih lagi berjalan dengan catatan  tertinggi untuk CTR Toyota Vios. Selain daripada itu terdapat lagi banyak iklan-iklan yang baru muncul daripada pihak Nuffnang. Kebanyakannya berkisar kepada kekeluargaan dan kesukanan. Maklumlah dah dekat nak Piala Dunia kan. Jadi kreatif-kreatifkan lah diri korang untuk mencipta entri yang dapat menarik perhatian pihak Nuffnang untuk memberikan iklan Buffered. Jangan lupa berblogwalking dan meninggalkan komen yang bernas. :)
 Tandakan iklan Ciba Vision, kerana aku telah mencuba contact lens Ciba Vision trial version :)

Terdapat lagi satu iklan yang aku promosikan secara affiliate iaitu laman web akuseorangblogger.com di bawah header blog Bluedianthus. Tau kan apa maksud affiliate ini. Contohnya, aku meletakkan link aku "bluedianthus" untuk mempromosikan akuseorangblogger.com, dan link itu menjadi seperti ini : http://www.akuseorangblogger.com/index.php?ref=bluedianthus. Sekiranya korang subscribe pada laman web tersebut, aku akan mendapat point. Jadi di sini wujud win-win situation. Tapi kebanyakan daripada kita ini akan padam referrer kat belakang tu sebab tak nak orang kat belakang itu mendapat komisyen. Jadi kat sini penting untuk bersikap ikhlas dan berterima kasih kepada mereka yang telah berkongsi sesuatu. Tapi aku tak kisah juga. Sebab aku telah berkongsi sesuatu yang berguna. Untuk pengetahuan aku telah mendapatkan produk ini dan sememangnya ianya produk yang berkualiti. Tapi sekarang harganya melambung tinggi kerana permintaan luar biasa di pasaran terutamanya di Forum WangCyber. Buat masa ini penjualan produk ini dihentikan. Tak tahu la aku bila penjualannya akan dibuka semula. Kalau korang nak tahu boleh la subscriber blog beliau. Korang juga boleh dapatkan sneak preview Produk Aku Seorang Blogger dan dapatkan tip-tip berblogging dari pakar blogging.






Sekian saja perkongsian daripada aku yang tak seberapa ini. Semoga korang sentiasa sihat di samping kerja yang korang lakukan pada hari ini.


Artikel Berkaitan:


6 comments:

edda(",) said...

edda dah dpt trial version lenses tuh.. tp tak try lagi.. huks~

NICK IRFAN said...

eh! mcm knal je 1001 kisah tu!!! eh! saya la!!! thnkz kak!! x sangke akak ske entry t sy ingat xde sapa yg ske? ape2pun thnkz kak!!!!! :)

tehr said...

bapa dah meninggal
dapat bagi al-fatihah dan doa je

: bluedianthus : said...

@ edda..
Oh, saya dah guna 2 set..best juga guna..:)

: bluedianthus : said...

@ NICK IRFAN..
yup, takkan tak kenal kan..hehe..
Sambil ronda-ronda baca blog orang lain. Saya memang suka, tu yang jadi pilihan entri di hari Isnin..:)
Welcome Nick Irfan.

: bluedianthus : said...

@ tehr..
Takpe, yang penting doakan kesejahteraan bapa tehr aman "di sana"...senyum selalu tehr:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails