TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, May 22, 2010

Home » » Bluedianthus dan hujan kenangan...

Bluedianthus dan hujan kenangan...

Dulu aku sewaktu kecil suka bermain dengan hujan. Bagi aku, masa hujan adalah masa yang tidak akan aku lepaskan kerana masa hujan inilah aku dapat "membasuh" semua letih dan penat aku belajar. Bagi aku, hujan yang turun seperti dapat membawa dan membilas semua beban di dalam diri aku yang bergelar seorang pelajar. Bermain dalam hujan inilah yang sangat aku rindu sampai sekarang. Tapi biasalah, lepas main hujan kena marah dengan emak atau bapa (biasanya mak la kan..). Sekarang ni, tak boleh lagi dah sebab dah tua. ^_^

Cuaca di Kota Kinabalu memang selalu hujan dan ini memang normal pada waktu-waktu seperti ini. Sewaktu entri ini ditulis aku baru sahaja pulang dari gereja kerana ada aktiviti yang baru dijalankan. Hujan yang turun agak pelik. Di bahagian Likas hujan renyai, di Bahagian Inanam kering, di Bahagian Putera Perdana Hujan mulai lebat dan sampai di rumah, jalan raya tak basah langsung. Apapun, keadaan udara memang lembab dan masa ini sesuai untuk merehatkan mata dan juga minda. 

Aku masih nak juga menulis entri walaupun sedikit untuk santapan mata. Aku harapkan di kawasan korang cuaca baik. Dan kalaupun hujan, janganlah salahkan hujan tu. Kalau di Afrika, hujan turun bererti suatu rahmat bagi mereka tau. Tuhan menciptakan hujan tentulah ada sebabnya, jangan tanya kenapa hari ini hujan, kenapa tak esok je hujan. Jangan tanya, bumi ni Dia yang cipta, jadi terpulanglah kepada Sang Pencipta untuk menurunkan segala cuaca yang ada. 

Hari ini, keadaan yang dingin tidak menghalang aku untuk meneruskan aktiviti kemasyarakatan dan sesuatu yang lain daripada menghadap komputer a.k.a laptop sepanjang masa. Apapun, esok aku akan kongsikan apakah aktiviti tersebut yang membuatkan hati aku sentiasa berwarna-warnnie apabila melakukan perkara tersebut. Hidup ini indah, hidup ini hanya sekali, hidup ini jangan disia-siakan. Belajarlah apa saja, belajarlah untuk menghargai hidup. Pastinya hidup kita akan sentiasa manis untuk dikenang. Ok, itu saja untuk malam Sabtu yang kejap lagi nak masuk hari Ahad. Fuhh...cepatnya masa berlalu. Jom kejar apa yang kita nak kejar... Senyum selalu okies..hehe.. Ok ok.. aku dah nampak korang tersenyum..ikhlasnya senyuman. :)


Oh ya, hari ini aku sempat lagi transferkan duit Paypal ke akaun Maybank aku. Aku keluarkan duit Paypal sebab rate untuk harga dollar telah naik. Jadi aku rasa inilah masa yang sesuai. Apapun, terpulanglah kepada pemilik duit Paypal itu sendiri kan.
RM523.11 yang bermakna

p/s: Kumpulan yang memperjuangkan muzik Indie, Hujan, satu nama yang simple dan mudah diingati. 

Artikel Sebelumnya: Bunga bukan sebarang bunga...

7 comments:

Insan Jiwang said...

perh.. menyentuh syahdu bila baca... sini kat batu pahat pun hujan.. siap ada baby twister lagi.. erm.xsempat nk snap.. kamera bateri hbs..

chayoklah Bluedianthus.. new post malam nih...

mijie said...

indahnya bahasa warnmoe gunakan, em di KL pun sama, cuaca tak menentu, kalau dari cyberjaya hujan renyai2, sampai di dengkil tak hujan, masuk salak tinggi hujan balik...dkt klia dah kering...sampai kat rumah hujan lebat...huhuhu

mijie said...

oh lagi saatu banyak juga tu duit dari paypal, sy pun tak pernah pun keluarkan duit dari paypal ke maybank

Syafrizal said...

kalau dulu orang kata hujan boleh ubatkan penyakit tapi sekarang hujan dah berasid. jadi dah tak sesuai hehe

Kulanz Salleh said...

malangnya tempat kami sekarang ni jarang sangat hujan.. dah beberapa minggu tak hujan.. panas sangat sekarang ni..

al-basri said...

artikel yang menarik, saya suka baca tulisan awak. maklum saya orang kampung dan bukan org melayu, kalau bahasa ditulis separuh2 saya tak faham....haha

benar, hujan itu rahmat.
tempat saya nampaknya belum hujan lagi. duit tu..semoga terus dimurahkan rezeki

hishamuddin said...

hujan...terkenang zaman asrama dulu kena push-up 10 kali diwaktu hujan...best giler...anyway waktu yang syahdu adalah apabila sembahyang ditepi sungai masa berakit di air deras, hujan turun dengan lebat masa sujud kepada-Nya...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails