TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, May 14, 2010

Home » » Bluedianthus bercuti 3 hari...

Bluedianthus bercuti 3 hari...

Hari Jumaat dah sampai, rasanya baru kelmarin aku menulis entri bertajuk "Empat hari lagi nak hari Jumaat". Cepat sungguh masa berlalu kan. Sekarang ni dah bulan Mei, tak lama lagi nak sampai pertengahan tahun. Memang masa sangat pantas dan tidak menunggu sesiapa. Nampaknya kenalah kita berlari mengejar masa dan bukannya berlari-lari anak lagi. Kalau tidak kita akan jauh ketinggalan, sedangkan masa sentiasa berdetik ke kanan dan bukannya ke kiri.

Seperti mana yang korang lihat pada gambar di sebelah ini, aku nak beritahu blog Bluedianthus ini akan berada dalam keadaan offline selama 3 hari bermula hari ini sampailah pada hari Ahad ini. Ada komitmen lain yang lebih penting yang memerlukan tanggungjawab aku. Jadi aku harapkan agar korang taklah merindui Bluedianthus semasa ketiadaannya..hehe.. Tak lupa juga aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Belia 2010, semoga korang lebih berdaya saing dan kreatif bergelar seorang blogger. Mudah-mudahan.


Aku juga telah menyediakan entri untuk hari sabtu dan ahad khas untuk subscriber aku yang mungkin ada masa lapang untuk membaca blog aku ini. Untuk pengetahuan pembaca blog Bluedianthus, subscribers Bluedianthus telah mencecah 218 orang. Sedar tak sedar blog ini baru berusia 1 tahun 2 bulan, dan ini merupakan suatu penghargaan untuk aku yang menulis untuk diri sendiri dan juga untuk berkongsi sesuatu yang boleh menjadi suatu informasi yang berguna kepada mereka yang membaca di blog ini.
Terima kasih kepada semua subscribers blog Bluedianthus

Selain daripada itu, terdapat beberapa widget yang telah ditambah dalam blog ini iaitu widget kategori untuk memudahkan korang mencari entri yang berkaitan dan juga widget "Pengulas Popular" bagi menghargai mereka yang memberikan komen-komen yang sangat berguna bagi aku untuk saling bertukar-tukar fikiran. Aku juga akan sentiasa memikirkan apa-apa yang difikirkan perlu untuk menambah nilai dalam blog ini.
Widget Kategori ini boleh didapati di bawah Blog Archive



Widget Pengulas Popular ini terletak di bawah Chatbox



Walaupun aku offline, status Twitter akan sentiasa diupdate.
Widget ini boleh korang lihat di bahagian bawah blog Bluedianthus 

Minggu ini memang sarat dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Terutamanya hari Ahad ini yang merupakan Hari Guru. Tanpa guru, kita pada hari ini takkan ke mana. Setinggi mana tahap pendidikan kita pun, kita tetap akan bermula dari bangku sekolah. Jangan sombong-sombong pula kalau berselisih dengan cikgu lama. Ini memang selalu terjadi, tak percaya tanyalah kawan-kawan korang. Mesti ramai yang buat-buat tak kenal kalau jumpa dengan bekas guru kita. Jangan macam tu, tegurlah macam kita tegur ibubapa kita. Senang dan lancar perjalanan hidup kita. Tema Hari Guru 2010 adalah "Guru Pembina Negara Bangsa". Aku harapkan lepas 3 hari aku offline dari dunia maya ini, aku akan dapat melihat banyak entri daripada korang semua berkenaan Hari Guru ini. Sekian saja untuk kali ini. Jumpa Isnin depan ok..apapun, status Twitter aku akan sentiasa di update melalui handphone aku. Kalau nak tahu apa yang aku lakukan sepanjang aku offline, boleh follow Twitter aku. Terima kasih kepada Celcom, ada X, ada segalanya.  :)

p/s: Selamat berhujung minggu bersama dengan insan dan keluarga tersayang. Sesiapa yang melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini, menyambut ulangtahun perkahwinan, menyambut hari lahir, tahniah aku ucapkan. Semoga ceria selalu.. :)


14 comments:

zulkbo said...

selamat bercuti
bawalah berehat
moga anda ceria selalu

Insan Jiwang said...

wahhh pagi pagi dh ada post.. hehe.. SELAMAT HARI BELIA ... dan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU..bak kata blogger..hehe.. terasa dihargai wlwpun hako nih bakal guru tak lama lagi....ngeh2..

yastro said...

SelaMat CuTi2 MalaYsia...

nisa said...

selamat berhujung mgg.. :)

+akufobia+ said...

[inteam-guruku.]best.selamat hari guru.

ROLLENS said...

Happy holiday.....cheers

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

happy holidays 2 u...

: bluedianthus : said...

@ zulkbo..
Terima kasih...semoga zulkobo juga gembira selalu...:)

: bluedianthus : said...

@ Insan Jiwang...
Yup, pagi-pagi mesti semangat..hehe..
Ini bakal guru cemerlang ni.

: bluedianthus : said...

@ yastro..
Selamat hari-hari, hehe...

: bluedianthus : said...

@ nisa..
selamat bercuti juga untuk nisa..:)

: bluedianthus : said...

@ akufobia...
selamat hari guru..:)

: bluedianthus : said...

@ Rollens..
Happy Holiday too..:

: bluedianthus : said...

@ Azaline..
Thanks and same goes to you..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails