TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, May 24, 2010

Home » , » Apa, takkan ada hari Isnin sehingga minggu depan?

Apa, takkan ada hari Isnin sehingga minggu depan?

Ya, tak ada. Itupun kalau masih ada kesempatan nak melihat hari Isnin muncul semula pada hari ini. Jadi hargailah setiap hari Isnin yang kita lalui. Terasa begitu cepat masa berlalu kan...sungguh kita tak terkejar masa yang ada. Korang tak rasa macam tu ke? Macam jarum jam tu berputar dengan pantas..aku rasa..huhu...

Masa hujung minggu pun aku rasa singkat benar meninggalkan aku. Meninggalkan aktiviti yang menaikkan kreativiti origami yang baru sahaja aku pelajari kelmarin. Oleh kerana masa yang singkat inilah aku berusaha untuk belajar sesuatu yang ingin lakukan di dalam hidup ini. Itu pun masanya terhad pada hujung minggu sahaja. Huhu...masa itu emas permata.. ^_^

Okies, di pagi ini aku akan berkongsi mengenai prestasi Nuffnang di blog Bluedianthus. Setakat ini masih ada 2 buffered campaign yang berjalan di blog ini. 4 kempen sudah menjadi metered earning, terima kasih Nuffnang. Mungkin korang juga dah dapat buffered earning yang lebih masyuk, tahniah aku ucapkan. Kepada yang dah capai minimum cashout, tahniah-tahniah. Kepada yang belum cashout, rajin-rajinlah update blog korang. Nuffnang suka pada blog yang selalu dikemaskini. Yang paling penting, informasi yang berguna kepada pembaca.
Digi Launch LB dan Ogawa Parents Day


Metered earning yang bermakna...

Sekian dulu perkongsian mengenai iklan di blog Bluedianthus. Link berbayar Travel Malaysia Tips & Guide juga akan tamat tempohnya esok. Selamat hari Isnin, selamat menduduki peperiksaan kepada mereka yang ada exam, selamat bekerja kepada semua yang bekerja. Kepada suri-suri rumah, rehat-rehatlah sekejap. Jangan tak tau, surirumah ni kerja 24 jam, bukan macam kerja makan gaji 9-5 tu. Apapun, semoga prestasi korang meningkat dengan hebat dan cemerlang. 


Artikel Berkaitan:

1 comment:

+akufobia+ said...

terima kasih suri rumah.(bila la nak ada suri rumah sendiri.aa.)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails