TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, May 28, 2010

Home » , » Apa salah Bluedianthus?

Apa salah Bluedianthus?

Akhirnya, Bluedianthus membuka ruang iklan melalui SMS di sebelah kiri blog ini. Kalau nak tau, ini adalah sistem yang dikendalikan oleh pihak Fortumo. Jadi aku akan menggunakan platform kepopularan(popular ke?perasan je Bluedianthus ni, hehe..) blog Bluedianthus untuk mencuba aplikasi ini. Jadi aku akan menjalankan test drive sistem ini. Kalau ada apa-apa perkembangan aku akan updatekan di sini. Oh ya, kepada korang yang nak beli domain $0.99 kat Godaddy tu, kod promosinya dah tak valid lagi. Ramai yang mengeluh terlepas. Jadi pastikan korang sentiasa alert untuk promosi dari Godaddy.com ini ya. ^_^


Ok, kembali kepada tujuan asal. Sebenarnya ada dua sebab entri ini ditulis. Pertama, aku nak bagitau korang boleh beriklan di blog ini dengan harga RM2.00 seminggu. Sila hormat dengan pemilik blog Bluedianthus ini dan beriklanlah dengan penuh etika dan rasa tanggungjawab. Kalau ada sebarang unsur penipuan, lucah, judi dan sebagainya, iklan tersebut akan aku delete tanpa sebarang notis bertulis. Aku rasa harga yang aku letakkan memang berpatutan kerana Alexa Rank blog ini telah pun melepasi 500K dan mempunyai PageRank 2 (mudah-mudahan akan naik dan naik lagi..amin..). Panjang ayat adalah lebih kurang 148 patah perkataan je. Jadi boleh gunakan cara "cloaking" untuk URL yang ingin diiklankan. Iklan yang paling aku syorkan ialah iklankan blog korang. Ini adalah salah satu cara lagi mempromosikan blog.
Ruang iklan ada di sebelah kiri blog, panduan beriklan juga ada disediakan.

Sebab yang kedua, kepada mereka yang menulis ayat yang tak berkaitan yang bertujuan untuk "menjatuhkan" pemilik blog Bluedianthus ini, bawa-bawalah bertaubat daripada terus melakukan perkara sedemikian rupa. Banyak juga komen yang membina serta kritikan yang aku terima. Tak kurang juga yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan aku. Aku ada salah apa-apa ke ni? Kalau ada, aku minta maaf dan aku tak ada maksud demikian. Kalau ada yang rasa aku takbur dan bongkak dengan screenshot yang aku paparkan setiap kali aku menerima bayaran daripada aktiviti freelance ataupun aktiviti make money online, mohon maaf aku ucapkan. Aku insan tak sempurna. Tapi, kalau nak tegur biarlah dengan cara yang baik, baru aku makan saman. Budi Bahasa Budaya Kita..tak gitu? :)

Apapun, Bluedianthus akan terus berblogging untuk dirinya sendiri dan juga pembaca yang masih sudi singgah membaca di blog ini. Bak kata Azwan Hj Ali, ada ku kisahhh? Kita takkan dapat puaskan hati semua orang. Samalah macam kita kat dunia ni, selagi kita masih hidup, kita takkan puas makan nasi. Kecuali orang Itali yang memang makan gandum, pasta dan spageti la kan..:)

p/s: Maaflah terlalu emosi pula. Tapi takpe, hidup mesti diteruskan.. Senyum selalu untuk aku, dan untuk korang juga..cuti masih ada lagi 2hari ni..:)

Update: Kotak iklan fortumo dihentikan sementara waktu.. :)

Artikel Sebelumnya: Sudah-sudahlah..


1 comment:

NICK IRFAN said...

wah! akak pasang iklan ker? bestnyer.. sy nk join tp xthu nk pomot ape? hehe ape2pun smoga ramai yg join iklan akak tu! amin... :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails