TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, May 26, 2010

Home » » 5 minit rehat di makmal bersama Bluedianthus

5 minit rehat di makmal bersama Bluedianthus

Waktu rehat tengahari aku diam-diam je kat makmal sambil buat aktiviti kesukaan aku iaitu membaca blog orang lain. Dalam pada masa yang sama aku tengah minum milo, untuk jadi kuat dan sihat, hehe... Aku tau masa sekarang ni memang masa nak bermalas-malas je kan. Maklumlah nak waktu rehat dah. Tapi, janganlah rehat berlebih-lebih pula ya. Apapun, suka aku berkongsi dengan korang duit paypal yang aku transferkan minggu lepas telah pun selamat berada dalam akaun Maybank aku. Itulah sebabnya aku letak logo Paypal dalam entri kali ini. Paypal memang memudahkan kita. Apapun, berjimat-cermat amalan mulia. ^_^



Ini transaksi yang aku lakukan minggu lepas


RM523.11 yang bermakna telah selamat diterima. Syukur.

Sesuatu yang diterima dengan jerih payah akan membuatkan kita lebih bermotivasi dalam melakukan sesuatu kerja. Bagi aku, aku memotivasikan diri dengan memberi hadiah kepada diri sendiri selepas melakukan sesuatu kerja dengan jayanya. Setakat ini, kaedah itu berkesan untuk aku. Korang boleh cuba juga. Contohnya begini, misalnya korang ada satu kerja yang korang rasa susah untuk korang buat. Tapi cuba bisikkan dengan diri sendiri, "kalau aku dapat siapkan kerja ini, aku nak makan aiskrim drumstik 1 dozen.." Contoh la..jangan ikut pula, hehe... 

Ok, rasanya itu saja yang sempat aku kongsikan hari ini. Selamat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab. Di bawah ini aku letakkan sekali beberapa gambar di makmal aku. Berselerak, hehe..
 
Adei, banyaknya komputer


Komputer lagi, barang lain mana? Huhu..


Printer? Salah satu daripada perkakasan komputer juga la Bluedianthus... lagi?

Apa boleh buat, aku hidup diselubungi misteri..hehe..Apapun, senyum selalu di samping tugas korang...^_^

Artikel Sebelumnya: Servis dibayar...

3 comments:

yastro said...

Salammm n nakTnye sikit kt Dian...akaun tu berbayar kan n kamu ltk iklan yg mane yekk??
Klau rasa soalan ni x perlu dijawab sila abaikan n delete yerrr...thanks!!!

zulkbo said...

salam..
betul tu..
manjakan diri sendiri
dulu baru manjakan orang lain

jaya jr said...

paypal bayr dlm euro kn?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails