TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, April 16, 2010

Home » , » [Tutorial] Mengira masa loading blog

[Tutorial] Mengira masa loading blog

Sambil tidak mempedulikan keadaan aku yang belum sembuh sepenuhnya, aku pun cuba la memeriksa kadar masa blog Bluedianthus ini untuk siap loading sepenuhnya. Sakit ni kalau dilayan bertambah buruk jadinya, jadi kena lawan balik sakit tu, barulah kita cepat sembuh kan. Aku mengucapkan terima kasih kepada rakan blogger yang lain kerana sudi bertanyakah khabar aku dan memberi kata-kata nasihat untuk menjaga kesihatan. Sekarang ni macam-macam penyakit ada. Jadi simptom-simptom seperti demam, selesema dan batuk yang berpanjangan tidak harus dipandang ringan. Love yourself, love the people around you. ^_^
Ok, hampir aku terlupa tujuan sebenar entri ini ditulis. Masa loading blog kita memainkan peranan penting dan sangat kritikal dalam menarik perhatian pembaca untuk melihat blog kita. Kalau blog kita itu perlukan masa yang lama untuk loading semua kandungan blog kita, ada harapan la pengunjung blog kita tu nak klik ikon "X" pada browser. Sebenarnya masa uploading juga bergantung kepada kelajuan jalurlebar sambungan Internet kita. Apa yang paling utama dalam sesebuah blog, isi kandungan yang paling utama adalah item yang memerlukan masa loading yang terpantas. Untuk mengenalpasti item mana dalam kandungan korang yang memberikan masa loading yang lama, korang boleh gunakan aplikasi Stopwatch.

1. Mula-mula masuk ke laman web ini : http://www.numion.com/Stopwatch/
Korang akan dapat melihat aplikasi seperti di bawah ini:
2. Kemudian taipkan URL blog korang di kotak yang disediakan.
3. Kemudian korang akan dibawa ke blog korang masing-masing. Pada masa ini aplikasi Stopwatch akan mula mengira masa loading blog korang.
4. Tunggu sehingga stopwatch berada dalam keadaan statik.  Statik maksudnya countdown loading blog korang sudah siap sepenuhnya.
Blog ini mengambil masa loading kesemua kandungan dalam blog ini selama 49saat dan 430milisaat, agak lama juga kan. Tapi kadar masa ini berbeza bergantung kepada kelajuan bandwidth Internet korang. Korang boleh mengenalpasti item atau widget yang memerlukan masa yang lama untuk loading dengan melihat pada bawah tab browser korang sewaktu proses uploading. Macam biasa, iklan Nuffnang melambatkan loading. Apa boleh buat, inilah lumrah dunia, hehe... Apapun, bagi mereka yang mempunyai custom domain dan masih mengekalkan blogger sebagai web hosting boleh la install Page Speed untuk mempercepatkan masa loading. Ada dua pilihan iaitu:
 ataupun

Selain daripada itu korang juga boleh memeriksa purata masa loading bagi blog korang di bahagian Webmaster Tools (untuk custom domain sahaja).


Purata loading laman blog Bluedianthus adalah sebanyak 32.2 saat

Itu saja yang sempat aku kongsikan hari ini. Semoga ianya bermanfaat..siap juga tutorial yang tak seberapa ni. Masa sakit ni, otak pun kurang sikit nak berfikir, apa yang kurang harap dimaafkan. Korang perasan tak ada button retweet kat atas tajuk entri ini? Kalau korang rasa entri ini bermakna, jangan lupa sebarkan ke twitter korang ye.

p/s: Minta maaf kepada blogger yang aku tak sempat nak terjah balik...ada masa aku terjah korang ye.. ^_^
p/p/s: Hari ini aku akan ke Labuan selama 3hari, nak ambil adik aku dari Kolej Matrikulasi Labuan. Ahad pagi baru aku balik. Kalau ada kesempatan aku akan online jugak kat Labuan tu, cari mana-mana cyber cafe yang ada. Don't miss me..hehe..Apapun, twitter aku akan sentiasa diupdate melalui handphone aku,  thanks to mobile technology. Boleh add aku di twitter korang : http://www.twitter.com/bluedianthus

Artikel Sebelumnya: Bluedianthus masih sakit?

Artikel Berkaitan: 

15 comments:

farenova said...

Thanks for sharing, saya pun dah try dalam 12 saat gtew.. :)

mancai said...

huhuu... salam singgah info menarik... cuma nak tambah kalau guna php boleh letak kat footer coding ni: queries. seconds ianya mempercepatkan proses loading...

e-man said...

good...tutorial yg berkesan

: bluedianthus : said...

@ farenova...
Welcome farenova dear. Cepatnyer loading..bandwidth mesti power ni..:)

: bluedianthus : said...

@ mancai..
welcome..Oh, blog ini tak guna php, tapi saya akan letakkan di blog wordpress saya. Thanks sebab berkongsi dengan saya dan reader blog ini..:)

alif said...

Bgus..memang berguna sgt2 benda ni..

eh..dah tess..page aq 00.02 saat jer.

www.syoknyadownload.blogspot.com

gadis merah jambu said...

tq sis.... ;) daj cek

Iza said...

good info tp iza x blh nk buat apa2 skrg ni,internet lammmmmbat sesgt.lebih lambat dari siput.nk buka 1 blog pun susah.nk kena tukar ke stremyx nmpknya....

Aminjohar said...

:D Boleh dicuba nih..

Erm awk chat hari ini?

al-basri said...

salam,
saya cuba juga ni, sebab blog saya ada juga yang kata berat...

terima kasih tips yang berguna, semoga selalu berkongsi info begini

: bluedianthus : said...

@ alif...
wah..cepatnya blog alif loading ni..:)
ya, semoga perkongsian ini berguna untuk jangkamasa panjang.

: bluedianthus : said...

@ gadis merah jambu..
welcome pinky...:)

: bluedianthus : said...

@ Iza...
Takpe...lepas ni kena la tukar streamyx kan Iza..hehe

: bluedianthus : said...

@ Aminjohar...
Cuba jangan tak cuba..hehe

Hari ni dah semakin sihat...syukurlah AJ..hehe..:)

: bluedianthus : said...

@ al-basri...
oh, saya rasa blog basri ok je..tak de masalah..:)

Sama-sama..ya semoga informasi ini berguna untuk semua blogger yang membaca blog ini..mudah-mudahan:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails