TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 12, 2010

Home » , , » Sakit dan buffered earning keempat Bluedianthus

Sakit dan buffered earning keempat Bluedianthus

Sebenarnya aku tak berapa sihat semenjak dua menjak ni. Jadi aku jarang online dan mengikuti program jejak kasih menjejak blogger yang lain. Apapun aku masih lagi akan melakukan aktiviti blogwalking kalau keadaan kesihatan aku mengizinkan. Apapun, aku ucapkan terima kasih di atas kesudian para blogger yang rajin menjenguk a.k.a menerjah chatbox aku. Banyak juga komen-komen jejak yang berguna yang menarik minat aku untuk menjejaki korang semua. 


Hari ini merupakan hari Isnin dan semua yang bergelar Nuffnangers mesti dengan tak sabarnya akan memeriksa akaun Nuffnang mereka. Kepada mereka yang telah mendapat minimum cahsout aku ucapkan tahniah dan semoga dapat pendapatan yang lebih hebat lagi selepas ini. Kepada mereka yang dapat menaikkan earning sekadar cukup-cukup makan aku ucapkan tahniah juga. Berpegang la kepada prinsip sikit-sikit lama kelamaan membukit. Blogging itu sempoi kata Bluedianthus. hehe..

Dari hari Jumaat aku tak check akaun Nuffnang aku, maka hari Isnin ini aku hanya ingin mengakses amaun earning yang aku kumpulkan. Syukurlah, ada juga naik sikit-sikit. Bersyukur itu amalan mulia. Buffered campaign yang keempat yang diterima oleh Bluedianthus adalah Nokia Email Rookie. Dan kadangkala ianya akan diselangselikan dengan iklan Digi juga. Ini pun aku baru perasan jap tadi..:)
Buffered campaign keempat Bluedianthus

Sekali lagi aku tidak tahu kenapa blog ini menerima buffered campaign ini sedangkan unique visitors yang datang ke blog ini dua hari lepas menurun kerana ketidakaktifan aku berblogwalking. Nak harapkan  SEO pun apalah sangat blog aku yang kurang unik dari segi enjin pencari. Huhu.. Apapun, semuanya masih di dalam siasatan. Hehe..(time sakit pun masih boleh bergurau aku ni..) Apapun, yang paling penting berblogging la dengan gembira. Jangan tekan sangat diri tu nak dapatkan buffered earning. Ada satu tips berblogwalking yang nak aku pesan, bagi panjang sikit komen kat chatbox tu, baru best nak baca..hoho...:)

Sekian saja artikel untuk kali ini, maaflah tak dapat berkongsi sesuatu yang bermakna dalam entri kali ini. Kalau sakit banyak benda yang terpendam je kat dalam kepala ni. My bad.Apapun, ceria-ceria selalu ya.. Dan harap tak ada di antara korang yang sakit-sakit macam aku ni..huhu...:)


Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails