TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, April 28, 2010

Home » , , » Rezeki dan domain baru

Rezeki dan domain baru

Be grateful. Satu perkataan yang patut menjadi contoh bagi semua manusia di dunia ni. Kita harus menerima kebaikan dan juga keburukan yang datang kepada diri kita. Tapi kebiasaannya, kita hanya tahu bersyukur apabila mendapat sesuatu, dan menangisi nasib diri bila menerima sesuatu yang tidak baik dalam kehidupan kita. Kadang-kadang juga, bila kita berada dalam kesusahan, kita sentiasa memohon belas kasihan kepada Sang Pencipta.


Tapi apabila sudah mendapat apa yang kita impi-impikan, maka mulailah kita lupa dan alpa dengan kebendaan yang kita ada. Jangan begitu, semua yang kita ada sekarang ini hanyalah suatu pinjaman daripada Tuhan, bila-bila masa boleh diambil balik. Pada masa itu, kita juga tidak layak mempersoalkan kenapa Tuhan mahu mengambil semula apa yang Dia kurniakan kepada kita. Pendek kata, yang buruk atau baik kita tetap harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Jadi, luaskan minda dan lapangkan dada. Ada lagi aku nak tambah, senyum-senyum la selalu, hehe.. :)

Bila bercakap tentang rezeki, aku baru saja menerima rezeki selepas aku membuka email tadi, baru sempat tengok email. Walaupun rezeki itu tidaklah seberapa, tapi sekurang-kurangnya aku dapat menghargai nilai setiap ringgit yang ada. Terima kasih juga kepada pelanggan yang yakin aku. Mudah-mudahan di lain hari kita akan dapat bekerjasama. Aku hanya melakukan proofreading tak sampai 10minit untuk tugas ini. Aku tidak meminta sendiri harga untuk kerja ini, aku minta je pelanggan aku berapa-berapa yang dia sudi bagi. Lagipun tugas tu taklah susah sangat pun. Tak berbaloi la nak minta harga standard yang selalu aku minta kan.
RM6.00 yang bermakna

Pada hari ini juga, aku telah membeli sebuah domain baru. Aku tiba-tiba saja nak beli domain ni selepas terfikir nama domain yang cantik. Mungkin aku takut domain itu dikebas orang, hehe.. Kemudian aku configure sebagai addon domain menggunakan hosting aku yang sedia ada. Ada masa mungkin aku akan update sekali sekala. 
Domain .NET yang aku rasa paling murah lebih kurang RM21++, aku bayar menggunakan Paypal

Ok la, sekian dulu perkongsian aku. Tak nak baca entri kali ini pun tak mengapa. Aku saja mengabadikan dalam blog ini. Ada masa aku selalu juga baca-baca entri aku yang lepas-lepas. Dapat juga aku tengok perkembangan blog aku yang tak seberapa ini. :) Sekian dulu, nak baca buku kejap. Nanti aku akan mula berblogwalking dan baca-baca entri yang best. Korang ni mesti ada perkara best yang nak dikongsi kan. Bagus-bagus, sharing is caring, blogging is cool.. ^_^
 

Artikel Sebelumnya: [Motivasi] Bukan orang biasa...

Artikel Berkaitan:
[Motivasi] Kuasa Memberi..

8 comments:

zulkbo said...

Tahniah..
moga lebih sukses
dalam berblogging..

: bluedianthus : said...

@ zulkbo...
Terima kasih...selamat berblogging juga untuk zulkbo..:)

░♥si lampu neon♥░ said...

hebat ;)

TUKIRAN said...

mampir lagi sobatku yang jauh,,,waaaah,,semanagt

Farahhannie said...

Yay! Gambate yo, nee-chan..

: bluedianthus : said...

@ lampu neon..
Terima kasih..:)

: bluedianthus : said...

@ TUKIRAN...
Terima kasih sudi singgah..ya, harus sentiasa bersemangat waja..hehe..

: bluedianthus : said...

@ Farahhannie...
Hait...arigato neh..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails